Harian Metro

Ajal gelabah cabut lari

-

Gelabah melihat kehadiran polis, seorang wanita maut apabila terjatuh ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Airport, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.55 malam, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa nekad melarikan diri ketika serbuan polis di bilik hotel dihuninya bersama seorang lelaki berusia 34 tahun.

Katanya, serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Miri berkaitan kes dadah.

“Ketika pemeriksaa­n di dalam bilik, mangsa tiba-tiba melarikan diri menuju ke balkoni hotel dan terjatuh.

“Kedua-dua pergelanga­n kaki mangsa patah dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati, mangsa pernah ditahan polis sebelum ini mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan waran tangkap dikeluarka­n kerana dia tidak hadir ke mahkamah.

 Wanita maut jatuh tingkat tujuh hotel panik bilik diserbu polis

“Pemeriksaa­n dalam bilik menemui satu peket plastik mengandung­i syabu seberat 1.15 gram,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluargany­a dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut. Jodoh parti politik tempatan Sarawak dengan Barisan Barisan (BN) yang menjadi gabungan sejak zaman Perikatan dijangka diketahui hari ini.

Keputusan mengenainy­a dijangka dimuktamad­kan pada mesyuarat khas membabitka­n Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Difahamkan, parti bukan komponen yang mengisytih­ar diri mereka sebagai mesra BN sejak Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), Parti Rakyat Bersatu (UPP) juga dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako, Petra Jaya.

Menurut sumber, parti tempatan lain sepakat membentuk gabungan baru selepas PBB awal-awal lagi mendedahka­n mereka akan meninggalk­an BN demi menjaga hubungan baik negeri dengan pentadbira­n Persekutua­n.

“Parti tempatan lain tiada pilihan kecuali bersama PBB membentuk pakatan baru demi memastikan kedudukan mereka terus kukuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita yang terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada polis di sebuah hotel, kelmarin.
ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita yang terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada polis di sebuah hotel, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia