Harian Metro

15 hari pantau lokasi panas

-

Kuching: Seramai 850 pegawai dan anggota polis kontinjen Sarawak mula digerakkan ke lokasi panas di seluruh negeri ini termasuk mengekang aktiviti pecah rumah dalam Op Selamat yang berlangsun­g selama 15 hari bermula 8 Jun lalu.

Selain itu, dalam Op Selamat yang kini berlangsun­g, polis memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang tidak berdisipli­n supaya bersedia berdepan tindakan saman tanpa sebarang advokasi dan nasihat.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selain memastikan kawalan trafik ketika ramai masyarakat Sarawak sudah pulang ke kampung, polis memberi jaminan pihaknya meningkatk­an rondaan dan pemantauan di kawasan perumahan.

“Kami menumpukan rondaan dan pemantauan di semua kawasan panas yang berisiko berlaku aktiviti pecah rumah. Seperti juga kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan, operasi dipergiatk­an. Kempen rumah selamat antara fokus utama Op Selamat tahun ini.

“Selain itu, operasi trafik pada tahun ini menekankan kepada penguatkua­saan penuh memandangk­an konsep advokasi dan kesedaran tidak memberi kesan kepada pemandu dan semua pengguna jalan raya yang lain,” katanya selepas merasmikan Op Selamat 13/2018 Sempena Hari Raya, di Plaza Merdeka, di sini, semalam.

Shafie berkata, pemilik rumah dinasihatk­an tidak meninggalk­an sebarang nota yang mereka sedang bercuti dan menghentik­an sementara langganan akhbar, majalah ketika tiada di rumah.

 ??  ?? SHAFIE memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 13 di Plaza Merdeka, Kuching.
SHAFIE memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran Op Selamat 13 di Plaza Merdeka, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia