Harian Metro

Sasar 10,000 peserta

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

 Larian Amal 7K Sutera Harbour edisi ke-18 salur dana kepada tiga organisasi terpilih

Kira-kira 10,000 peserta disasarkan menyertai acara Larian Amal 7K Sutera Harbour pada penghujung bulan depan.

Acara tahunan yang memasuki edisi ke-18 itu berlangsun­g pada 28 Julai depan bermula di gelanggang tenis tertutup Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club, di sini.

Pengurus Besar Sutera Harbour Resort Marina, Golf and Country Club, Rick Blackie berkata, hingga kini pihaknya sudah menerima lebih 7,000 penyertaan.

Katanya, tahun lalu saja pihaknya berjaya mengutip sebanyak RM106,576 dan yakin jumlah itu meningkat pada tahun ini untuk disalurkan kepada tiga organisasi iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Bandaraya Kota Kinabalu, Persatuan Thalassaem­ia Sabah dan

“Aktiviti amal ini masih lagi mengekalka­n peraturan penyertaan dengan tidak memberikan hadiah utama kepada peserta paling awal, tetapi menyediaka­n cabutan nombor bertuah ketika acara penutupan dan konsert pada sebelah malam,” katanya dalam sidang media Larian Amal 7K Sutera Harbour, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Joannes Solidau dan Pengasas Larian Amal 7K Sutera Harbour, Foo Kia Inn.

Larian amal itu dijangka dirasmikan Menteri Belia dan Sukan negeri, Frankie Poon Ming.

Yuran penyertaan dikenakan untuk dewasa ialah RM42.45 dan RM33 bagi kanak-kanak.

 ?? MALAI ROSMAH TUAH ?? JOANNES (tengah) dan Rick (dua dari kiri) pada sidang media Larian Amal 7K Sutera Harbour di Kota Kinabalu.
MALAI ROSMAH TUAH JOANNES (tengah) dan Rick (dua dari kiri) pada sidang media Larian Amal 7K Sutera Harbour di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia