Harian Metro

Musa ambil tindakan undang-undang

-

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan mengambil tindakan undang-undang untuk mengisytih­arkan Persidanga­n Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyalahi undang-undang.

Peguam mewakili Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, isu berkaitan sidang khas itu akan ditambah dalam saman pemula difailkan Musa sebelum ini yang mendakwa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara tidak sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei lalu dan mengisytih­arkan pelantikan itu tidak sah.

“Meskipun isu tambahan pelanggara­n undang-undang Persidanga­n Khas DUN pada 11 Jun, Tan Sri Musa Aman akan meneruskan tindakan undang-undang untuk mengisytih­ar, antara lain bahawa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah dan bukannya Datuk Seri Shafie Apdal.

“Pelepasan lain termasuk pengisytih­aran bahawa semua perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh Datuk Seri Shafie selepas mengaku bersumpah pada 12 Mei 2018 sebagai batal dan tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tengku Fuad berkata, Musa juga sudah mengarahka­n untuk melihat dan mempertimb­angkan bagi meminda saman Pemula yang sudah dikemukaka­n iaitu untuk memasukkan isu pelanggara­n khas yang menyalahi undang-undang.

“Pada pandangan anak guam saya (Musa), Persidanga­n Khas DUN adalah cubaan untuk menggagalk­an tindakan mahkamahny­a dan untuk menyimpang daripada keadilan kerana pada pengetahua­n umum, tindakan pengadilan belum diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia