Harian Metro

LAGI RUMAH DISERBU

-

Putrajaya: Kira-kira 40 beg tangan jenama mewah dirampas polis susulan serbuan terhadap dua kediaman dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Penggubaha­n Wang Haram (AMLA) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dipercayai bermula jam 1 tengah hari terhadap banglo terletak di Presint 10.

Hasil penggeleda­han sehingga jam 3 petang itu, polis merampas semua beg tangan berjenama mewah disimpan di banglo yang tidak berpenghun­i terbabit.

Semua beg tangan terbabit dimasukkan dalam tiga kotak besar kemudian diangkut dengan van ketika dibawa ke pejabat AMLA untuk siasatan lanjut. Sekurang-kurangnya 10 anggota polis berpakaian preman terbabit dalam operasi itu.

Polis dijangka turut merujuk kepada pengeluar setiap jenama beg tangan mewah yang dirampas itu bagi mengetahui nilai sebenar rampasan dibuat.

Beberapa anggota polis dilihat masih berada di banglo berkenaan untuk mengawal keadaan selepas serbuan dibuat.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan yang juga penduduk berhampira­n kediaman berkenaan mendakwa, banglo itu sudah tidak didiami sejak setahun lalu.

Beliau mendakwa, kediaman terbabit berada di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan terletak hanya 200 meter dari Kompleks Seri Perdana yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri.

Presint 10 adalah kawasan kediaman mewah persendiri­an dan kuarters kerajaan yang dihuni pegawai tinggi termasuk menteri, Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua setiausaha kementeria­n ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Difahamkan, anggota JSJK sudah seminggu berada di banglo berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut yang dipercayai ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC).

Lebih 30 pengamal media tempatan bergegas ke lokasi rumah berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, sebaik menyedari operasi geledah dijalankan polis di situ.

Bagaimanap­un, tiada sebarang rampasan dilakukan pasukan sama dalam serbuan terhadap sebuah rumah berkembar dua tingkat terletak di Presint 11, jam 3.20 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ammar Singh Ishar Singh, ketika dihubungi semalam mengesahka­n serbuan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menggeleda­h banglo dua tingkat di Presint 10, semalam.
ANGGOTA polis menggeleda­h banglo dua tingkat di Presint 10, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia