Harian Metro

BN dan STAR boikot sidang DUN khas Sabah

-

Kota Kinabalu: Persidanga­n Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula pagi semalam tanpa kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Hanya wakil rakyat Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan sekutunya daripada PKR dan DAP, selain Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) yang keluar BN sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang hadir.

Turut hadir, bekas wakil rakyat UMNO yang pro WARISAN selain dua ADUN dilantik menjadikan jumlah keseluruha­n 43 orang.

Baki 21 orang lagi membabitka­n 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, enam daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), dua daripada STARdan masing-masing satu ADUN Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UPKO tidak hadir.

UMNO sebelum ini memenangi 17 kerusi, tetapi enam wakil rakyatnya meninggalk­an parti dan menyokong WARISAN iaitu ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Osman Jamal (Balung), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Persidanga­n bermula sejurus Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali memasuki dewan dan menyampaik­an ucapan ringkas mengalu-alukan kehadiran semua ADUN baru dan menerangka­n perjalanan atur cara mesyuarat.

Persidanga­n khas DUN dimulakan dengan upacara angkat sumpah yang didahului Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu, Mohd Shafie tiba di pekarangan DUN jam 9.45 pagi semalam dengan disambut anggota Kabinet dan wakil rakyat kerajaan sebelum memasuki dewan.

Kelmarin, dua ‘Timbalan Ketua Menteri’ dalam Kabinet Pengerusi BN

Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dilantik sebelum ini, Datuk Hajiji Noor dan

Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyatakan ADUN BN dan STAR memboikot persidanga­n khas DUN semalam.

 ??  ?? BARISAN kerusi ADUN BN didapati kosong ketika Persidanga­n Khas DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah.
BARISAN kerusi ADUN BN didapati kosong ketika Persidanga­n Khas DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia