Harian Metro

Shafie Apdal terima mandat sebagai KM

Dipercayai akibat tindakan ADUN Kuala Perlis buat laporan polis isu lantikan MB 25 Mei lalu

- Hafizudin Mohd Safar cnews@nstp.com.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Azam Karap mengakui menerima notis saman bernilai RM10 juta dipercayai berkaitan kenyataann­ya berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

Azam berkata, saman itu diterima daripada peguam yang mewakili Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Perhubunga­n Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim beberapa hari lalu.

Azam yang kelihatan tenang ketika ditanya lanjut berkaitan isu saman terbabit enggan mendedahka­n kandungan terperinci namun beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk tindakan balas.

“Saya baru saja menerima saman bernilai RM10 juta daripada peguam Datuk Seri Shahidan Kassim beberapa hari lalu dan saya sudahpun melakukan perbincang­an dengan peguam peribadi saya untuk tindakan lanjut.

“Saman terbabit dipercayai ada kaitan dengan laporan polis yang pernah saya buat berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini iaitu merujuk kepada sidang media pihak beliau (Shahidan) yang seolah-olah berbau penghinaan terhadap institusi Raja Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis meraikan asnaf dan anak yatim anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kawasan Kangar di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad dan ADUN Kawasan Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Saman terbabit dipercayai ada kaitan dengan laporan polis yang pernah saya buat berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini iaitu merujuk kepada sidang media oleh pihak beliau (Shahidan) yang seolah-olah berbau penghinaan terhadap institusi Raja Perlis” Azam Karap

Azam berkata, ini dugaan besar pertama yang harus ditempuhny­a sebagai seorang wakil rakyat namun tetap yakin berada di pihak benar, malah akan dapat menyelesai­kannya secara baik.

“Saya sudah lihat surat saman terbabit yang ditunjukka­n peguam saya dan akan bertindak dalam tempoh 14 hari seperti yang diberikan pihak yang menuntut,” katanya.

Difahamkan, notis saman RM10 juta itu susulan tindakan Azam yang membuat laporan polis terhadap Shahidan dan sembilan ADUN BN kerana menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dalam isu pelantikan Menteri Besar negeri itu pada 25 Mei lalu.

 ??  ?? SHAHIDAN
SHAHIDAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia