Harian Metro

BAJU BARU SELEPAS 5 TAHUN

 70 asnaf daripada 10 keluarga terima sumbangan keperluan asas berjumlah RM12,000

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Kota Bharu

“Selepas lima tahun, akhirnya kami sekeluarga terutama anak dapat memakai baju raya,” kata Nurulhamiz­a Yaacob.

Nurulhamiz­a, 29, berkata kali terakhir mereka sekeluarga memakai baju baru ketika Aidilfitri adalah lima tahun lalu ketika anak sulung, Muhammad Razin Harith, 7, yang pada waktu itu berusia dua tahun.

Katanya, disebabkan kekangan kewangan, anak keduanya yang juga kembar, Muhammad Radzief Rafael dan Muhammad Rafiq Rafael, 5, dan Nurul Anisya Amira, 4, tidak lagi dapat merasai baju raya baru.

“Sejak itu, setiap kali Syawal, keempat-empat anak saya hanya mengharapk­an sumbangan pakaian baru atau terpakai daripada adik-beradik dan orang terdekat.

“Tetapi hari ini, rezeki anak apabila dibawa membeli baju raya baru dan kegembiraa­n mereka tidak dapat dibayangka­n dengan kata-kata setelah sekian lama tidak merasainya,” katanya ketika ditemui dalam Program Beli Baju Raya Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) - Kita Kongsi di Pasar raya Mydin, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Turut hadir, Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra yang juga bonda saudara Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Presiden KEMUDI, Azran Fitri Rahim dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Grand Riverview GRV, Raja Rusmin Raja Mahmud.

Kisah kemiskinan hidup Nurulhamiz­a bersama suaminya, Razali Husin, 43, dan empat anak mereka sebelum ini pernah mendapat liputan daripada NSTP.

Bagi meneruskan hidup, Nurulhamiz­a terpaksa membawa tiga anaknya yang masih kecil berusia empat dan lima tahun termasuk sepasang kembar bersama-sama meredah semak di sekitar rumah mencari pucuk paku sekiranya suami keluar bekerja.

Purata pendapatan suami sebagai buruh adalah kira-kira RM800 hingga RM1,000 sebulan dan akibat penyakit jantung sejak tahun lalu menyebabka­n suaminya tidak mampu membuat kerja kuat dan hanya bekerja sebagai buruh.

Nurulhamiz­a berkata, selepas kisah hidup mereka sekeluarga mendapat liputan media, banyak pihak yang datang membantu termasuk badan bukan kerajaan

(NGO) yang bukan saja menyumbang­kan bantuan dalam bentuk kewangan malah ada juga barang keperluan harian.

“Dengan bantuan diberikan ini, boleh saya membuat persiapan untuk sambutan Aidilfitri tahun ini dan jasa mereka yang banyak membantu kami hanya Allah mampu membalasny­a,” katanya.

Sementara itu, Azran Fitri berkata, seramai 70 asnaf daripada 10 keluarga terpilih menerima sumbangan baju raya dan juga barang keperluan barangan asas berjumlah RM12,000.

“Program yang diadakan pada minggu pertama hingga akhir Ramadan ini adalah anjuran Kelantan Creative TV (KCTV) dengan kerjasama KEMUDI dan GRV,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Salwani Sultan Yahya Petra dan Azran Fitri bersama penerima sumbangan selepas Program Beli Baju Raya KEMUDI Kita Kongsi. NURULHAMIZ­A mencuba pakaian raya pada Muhammad Razin (kiri) dan Muhammad Rafiq (kanan).
TENGKU Salwani Sultan Yahya Petra dan Azran Fitri bersama penerima sumbangan selepas Program Beli Baju Raya KEMUDI Kita Kongsi. NURULHAMIZ­A mencuba pakaian raya pada Muhammad Razin (kiri) dan Muhammad Rafiq (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia