Harian Metro

GARU SAMPAI BERDARAH

 Bayi sakit hati kronik perlu kos RM250,000 untuk pembedahan di India

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Sebagai ibu, saya ingin melakukan yang terbaik untuk anak.

“Bayangkan setiap kali kesakitan dan gatal, Haryk Muzeer akan menggaru badan hingga berdarah. Saya sudah tidak sanggup lagi melihatnya begitu,” kata Nurul Ain Mohd Yasin, 25, ibu pesakit hati kronik, Muhammad Haryk Muzeer Zulkarnain, 3.

Ibu muda itu kini melancarka­n tabung membiayai dana bagi melakukan pembedahan pemindahan hati yang akan dilakukan di sebuah hospital di India dengan kos RM250,000.

“Setakat ini kami baru saja dapat mengumpul RM20,000 dan memerlukan lagi baki lebih RM200,000 yang kami anggarkan dapat dikumpul dalam masa sebulan.

“Saya perlu cepat kerana tidak sanggup lagi melihat kesakitan Haryk. Dia akan menggaru badannya sehingga berdarah kerana gatal akibat pembekuan darah,” katanya.

Dia dan suami, Zulkarnain Abdullah, 36, akan dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini, selepas Aidilfitri untuk melakukan beberapa ujian bagi mengesahka­n hati siapa yang sesuai dengan Haryk.

“Lebih memilukan apabila saya membawa keluar Haryk, ramai yang memandang sinis kononnya saya mendera anak berikutan banyak kesan lebam dan luka di badan serta wajahnya.

“Penat saya menjelaska­n kepada orang ramai yang anak menghidap penyakit Sindrom Alagille (hati kronik) dan perlu menjalani pembedahan hati segera,” kata ibu dua anak ini yang menetap di Kluang, Johor.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada dana berkenaan boleh berbuat demikian dengan menyalurka­nnya ke akaun CIMB Bank, 7608389525 atas nama Nurul Ain.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai penjual burger mempunyai pendapatan RM700 sebulan manakala dirinya hanya suri rumah.

“Saya mahu bekerja untuk membantu suami tetapi Haryk memerlukan pengawasan rapi dan jika tidak dipantau, dia akan menggaru badannya sehingga berdarah.

“Lebih pilu dia akan menjerit, ‘Bonda, sakit’ berulang kali dan ini membuatkan saya sedih dan mahu segera mencari dana untuk Haryk supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti rakan sebayanya,” katanya.

Nurul Ain berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu disahkan menghidap penyakit hati kronik sejak dilahirkan apabila paras kekuningan tinggi manakala najisnya berwarna putih.

“Pelbagai ujian dilakukan doktor sebelum mengesahka­n Haryk menghidap Sindrom Alagille iaitu gangguan diwarisi apabila seseorang memiliki kurang daripada jumlah normal saluran hempedu kecil di dalam hati.

“Saya reda dengan ketentuan ini, namun saya dan suami perlu melakukan sesuatu demi kelangsung­an hidup anak,” katanya.

Dia menggaru sehingga berdarah kerana gatal akibat pembekuan darah Nurul Ain

 ??  ??
 ??  ?? KAKI Muhammad Haryk yang berdarah akibat digar u . NURUL Ain bersama Muhammad Haryk yang menghidap penyakit hati kronik.
KAKI Muhammad Haryk yang berdarah akibat digar u . NURUL Ain bersama Muhammad Haryk yang menghidap penyakit hati kronik.
 ??  ?? KEADAAN Muhammad Haryk yang dipenuhi kesan luka akibat menggaru sehingga ber ber dar dar ah. ah.
KEADAAN Muhammad Haryk yang dipenuhi kesan luka akibat menggaru sehingga ber ber dar dar ah. ah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia