Harian Metro

JIHAD ANAK GAZA

 Rakyat Palestin gigih berjuang menentang Zionis

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Saya lihat sendiri beberapa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah remaja Palestin. Biarpun bersenjata lengkap, tentera Israel sangat takut dengan

kebangkita­n pemuda Gaza yang gigih mempertaha­nkan tanah air, biarpun berpuasa dan Aidilfitri tinggal beberapa hari saja lagi,” kata Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Sani Araby Al Kahery yang kini berada di Gaza kepada wartawan Harian Metro Yusmizal Dolah Aling

“Sekalipun berpuasa dan akan menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi namun rakyat Palestin tanpa mengira usia tidak pernah gentar menentang tentera Zionis walaupun berdepan tembakan.

“Saya sendiri nampak beberapa tentera Israel menembak ke arah remaja Palestin. Suasana kelam-kabut itu tidak dapat saya gambarkan, tetapi mereka (penduduk Palestin) tetap gigih berjuang, ” kata Naib Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Sani Araby Al Kahery yang kini berada di Gaza.

Menurutnya, dia bersama seorang lagi Naib Presiden MAPIM Abdul Aziz Abu Bakar akan bersama-sama ribuan penduduk terbabit dalam kempen Great Return March sebagai membantah tindakan zionis dan menuntut hak mereka untuk kembali ke tanah air sendiri.

“Ini satu pengalaman yang begitu berharga dalam hidup kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Sani Araby berkata, keadaan sekeliling begitu kelam-kabut dengan penduduk lari menyelamat­kan diri apabila ditembak bertubi-tubi penembak tepat tentera Israel yang ramai berkubu di sekitar kawasan itu.

“Biarpun duduk dalam kubu simen dan bersenjata lengkap, tentera Israel sangat takut dengan kebangkita­n pemuda Gaza. Laungan takbir dan kemaraan pemuda, wanita dan warga tua Gaza sambil mengecam Israel yang menjajah tanah air mereka sejak sekian lama. “Hari ini (semalam), saya jadi saksi tiada warga Gaza yang membawa senjata kerana mereka bukan tentera dan ramai wartawan antarabang­sa yang buat liputan. Mereka hanya keluar beramai-ramai dengan semangat semata-mata.

“Setakat ini misi WakeUp4Gaz­a berjalan lancar dan kita akan lihat beberapa lokasi lain bagi tujuan bantuan kemanusiaa­n,” katanya sambil meminta rakyat Malaysia menyumbang kepada MAPIM bagi mengisi dana kepada penduduk Palestin yang disasarkan RM1.5 juta.

Beliau berkata, maklumat untuk membuat sumbangan boleh diperoleh menerusi online di www.billplz.com/tabungkila­tgaza atau Tabung Dana Bantuan Kecemasan Gaza menerusi akaun Maybank 5628346366­20.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, delegasi juga melawat tapak Masjid Umar Abdul Aziz yang musnah dibom pada 25 Ogos 2014 yang diusahakan pembinaann­ya oleh MAPIM.

“Ia hasil sumbangan rakyat Malaysia, walaupun kini hanya tinggal sebuah menara. Insya-Allah, ada rezeki, kita akan bina semula menerusi WakeUp4Gaz­a ini,” katanya

Beliau berkata, delegasi itu memasuki sempadan Rafah Rabu lalu dan dijangka keluar pada hari raya pertama. Antara lokasi yang akan diberikan tumpuan seperti Gaza City, Jabalia, Beit Lahia dan Beit Hanoun.

Menurutnya, antara objektif utama misi ini adalah memberi sokongan mewakili badan kemanusiaa­n antarabang­sa yang aktif dalam hal pendidikan, pembanguna­n semula Gaza, selain menyelia projek kemanusiaa­n hasil sumbangan rakyat Malaysia yang diuruskan MAPIM.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK Palestin yang menyertai ‘Great Return March’ di Gaza.
PENDUDUK Palestin yang menyertai ‘Great Return March’ di Gaza.
 ?? FOTO: -GAZA TV NEWS ?? PETUGAS penyelamat membawa penduduk yang cedera terkena bedilan peluru getah dan gas pemedih mata daripada askar Israel di Gaza.
FOTO: -GAZA TV NEWS PETUGAS penyelamat membawa penduduk yang cedera terkena bedilan peluru getah dan gas pemedih mata daripada askar Israel di Gaza.
 ??  ?? AHMAD Sani (dua dari kiri) melihat kesan kemusnahan Masjid Umar Abdul Aziz. Turut sama, Abdul Aziz dan delegasi MAPIM.
AHMAD Sani (dua dari kiri) melihat kesan kemusnahan Masjid Umar Abdul Aziz. Turut sama, Abdul Aziz dan delegasi MAPIM.
 ??  ?? PETUGAS penyelamat memeriksa penduduk yang cedera terkena gas pemedih mata.
PETUGAS penyelamat memeriksa penduduk yang cedera terkena gas pemedih mata.
 ??  ?? PETUGAS penyelamat memeriksa penduduk yang cedera terkena bedilan peluru getah.
PETUGAS penyelamat memeriksa penduduk yang cedera terkena bedilan peluru getah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia