Harian Metro

Langkah berjaga-jaga

-

Anak kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang, Anisah Ali yang maut dirempuh tonto dua tahun lalu, semalam tampil memberi keterangan.

Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas jam 12 tengah hari, susulan laporan polis yang dibuat semalam berkaitan keselamata­n membabitka­n dirinya.

“Hari ini (semalam) saya dipanggil memberi keterangan selepas membuat laporan polis untuk mendapatka­n perlindung­an diri.

“Memang setakat ini saya tidak mendapat sebarang ancaman termasuk daripada penyeludup yang mempunyai kaitan dengan kematian arwah ibu, namun ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kali terakhir saya rasa diekori individu tertentu sebelum laporan mengenai arwah ibu disiarkan, namun selepas itu saya merasakan tidak lagi diekori.

“Namun perbuatan seperti ini kita tidak boleh jangka, jadi atas faktor melindungi keselamata­n diri, saya membuat laporan polis. Keterangan hari ini semua berkait laporan polis yang dibuat,” katanya ketika ditemui di IPD Pasir Mas di sini, hari ini.

Anak kedua daripada dua beradik itu berkata, walaupun bakal berdepan ancaman dan tentangan keluarga, beliau tidak akan lemah semangat sebaliknya terus menegakkan keadilan untuk ibu tersayang.

“Saya tidak kisah orang tak mahu bantu atau marah saya kerana terus mendedahka­n berita mengenai arwah ibu, kerana hanya saya yang melihat kesakitan ibu sebelum meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? AFIQ Luqman menunjukka­n keratan akhbar dan salinan laporan polis untuk melindungi keselamata­n diri serta keluarga ketika ditemui di IPD Pasir Mas.
AFIQ Luqman menunjukka­n keratan akhbar dan salinan laporan polis untuk melindungi keselamata­n diri serta keluarga ketika ditemui di IPD Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia