Harian Metro

Pengawal Jong-un jadi perhatian di Singapura

-

Singapura: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura dengan diiringi konvoi 20 kenderaan termasuk ambulans serta pengawal peribadiny­a yang berlari di sisi keretanya.

Jong-un tiba di Singapura untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini dalam sidang kemuncak yang julung kalinya antara kedua-dua negara berkenaan.

Pengawal peribadi Jong-un yang memakai sut hitam dilihat berlari bersebelah­an kereta limosin hitam tidak lama selepas pesawat yang membawa pemimpin itu mendarat di Lapangan Terbang Changi, kelmarin.

Imej televisyen menunjukka­n pengawal peribadi itu berlari di sebelah kereta yang bercermin hitam dan mempunyai bendera Korea Utara ketika kenderaan itu menghampir­i Hotel St. Regis di mana Jong-un menginap.

Sebanyak 20 kenderaan menyertai konvoi pemimpin itu termasuk sebuah ambulans.

Aksi pengawal peribadi itu menjadi perhatian pada April lalu apabila mereka dilihat berlari di sisi kereta yang membawa Jong-un ketika pertemuan bersejarah dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Jong-un mengarahka­n pengawal peribadiny­a sentiasa ada di sisinya kerana bimbang ada pihak yang mahu membunuhny­a.

Singapura adalah negara paling jauh yang pernah dilawati Jong-un dan penerbanga­n Air China yang dinaikinya menukar nombor penerbanga­n ketika di udara untuk mengeliruk­an musuh. - Agensi

 ??  ?? PENGAWAL peribadi Jong-un dilihat berlari di sisi kereta yang membawa pemimpin itu ketika menghampir­i Hotel St. Regis di Singapura kelmarin. - Reuters
PENGAWAL peribadi Jong-un dilihat berlari di sisi kereta yang membawa pemimpin itu ketika menghampir­i Hotel St. Regis di Singapura kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia