Harian Metro

Warga emas lemas kereta terjun sungai

-

Kuching: Seorang wanita warga emas lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak dekat jeti Sejingkat Power, Kampung Goebilt, di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa memandu sendirian di jeti berkenaan.

Sumber berkata, mangsa yang tidak diketahui identitiny­a itu dilihat memandu ke jeti berkenaan dan gagal memberhent­ikan kenderaan jenis KIA Rio sebelum terjunam ke dalam sungai.

“Sebaik terjatuh dari jeti itu, kereta berkenaan terus tenggelam menyebabka­n beberapa penduduk yang menyaksika­n kejadian itu gagal menyelamat­kan mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, penduduk kemudian menghubung­i talian kecemasan memaklumka­n kejadian itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.38 pagi berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya berjaya menemui kereta mangsa di kedalaman kira-kira dua meter.

“Selepas anggota mengikat tali, kereta berkenaan berjaya ditarik dengan bantuan jengkaut jam 10.50 pagi.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui mayat seorang wanita tua di dalam kereta berkenaan, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.

Ling Hii berkata, mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk proses pengecaman.

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menarik keluar kereta dipandu seorang warga emas yang menjunam ke dalam sungai di jeti Sejingkat Power.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menarik keluar kereta dipandu seorang warga emas yang menjunam ke dalam sungai di jeti Sejingkat Power.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia