Harian Metro

Meluncur rempuh anak

Dua jet ski bertembung ragut nyawa budak lelaki sembilan tahun

- Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@nstp.com.my

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas jet ski dinaikinya bersama penyelamat pantai bertembung dengan sebuah lagi jet ski dipandu ibunya di Pantai Batu Ferringghi di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 petang, Jordan Phang Wen Jie, 9, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor maut akibat kecederaan serius pada tulang belakang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dan keluargany­a mendaftar masuk ke hotel di Batu Ferringghi tengah hari kelmarin untuk bercuti.

“Selepas itu, keluarga mangsa menyewa dua jet ski yang terletak di belakang hotel tempat

mereka menginap untuk beriadah.

“Ibu mangsa, Looi Ting Ching memandu jet ski pertama berseorang­an dan jet ski kedua dipandu seorang penyelamat pantai bersama mangsa. Semua mereka memakai jaket keselamata­n,” katanya.

Bagaimanap­un, Anuar berkata, jet ski yang dipandu penyelamat pantai itu tiba-tiba hilang kawalan akibat

angin kuat hingga menyebabka­n ia meluncur laju melanggar dan bergesel dengan jet ski dipandu ibu mangsa.

Katanya, akibat perlanggar­an itu mangsa terjatuh ke dalam air dan sempat diberi bantuan kecemasan resusitasi kardio-pulmonari (CPR) selepas diselamatk­an.

“Bagaimanap­un, pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

“Ibu mangsa dan penyelamat pantai terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serta mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

“Akibat perlanggar­an itu mangsa terjatuh ke dalam air dan sempat diberi bantuan kecemasan resusitasi kardio-pulmonari

(CPR) selepas diselamatk­an”

Anuar Omar

 ??  ??
 ??  ?? KESAN rekahan selepas bergesel antara satu sama lain. JET ski yang digunakan dalam kemalangan maut membabitka­n kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pantai Batu Ferringghi.
KESAN rekahan selepas bergesel antara satu sama lain. JET ski yang digunakan dalam kemalangan maut membabitka­n kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pantai Batu Ferringghi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia