Harian Metro

YPI ceriakan Aidilfitri kanak-kanak istimewa JASA 6 ANAK, MENANTU

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyakit dihidapi tidak sedikit pun melunturka­n perasaan gembira Siti Nur Marissa Amani Radi, 9, ketika ibu bapanya memilih dan memadankan baju kurung untuknya.

Dia tidak mampu melihat ditambah pula dengan penyakit dihidapiny­a namun perlakuan anak istimewa ini normal seperti mereka yang seusia dengannya.

Ibunya, S Noor Zekha Johari, 45, berusaha mencarikan saiz untuk Nur Marissa dengan pelbagai pilihan fesyen dan warna baju raya.

“Ini sumbangan pakaian raya kali pertama anak terima daripada Yayasan Prihatin Insan (YPI) malah kami sekeluarga turut menerimany­a sama,” kata Noor Zekha yang hadir bersama keluarga pada program Ceria Aidilfitri YPI bersama Rumah Harapan Kanak-Kanak anjuran YPI di gedung pakaian terkemuka Jakel Mall di sini.

Menurut Noor Zekha, anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan cacat penglihata­n ketika berusia lima tahun.

“Pada awal tahun ini, Nur Marissa disahkan menghidap kanser tumor berukuran 5.6 sentimeter. Sehingga kini dia masih memerlukan bantuan agar dapat sembuh dan mahu berdikari sebagaiman­a rakan seusianya.

“Meskipun Nur Marissa tidak dapat melihat, namun program sebegini cukup menggembir­akan hatinya kerana dapat berjumpa dengan rakan di sini,” katanya.

Nur Marissa antara 21 kanak-kanak kanser dari Rumah Harapan Kanak-Kanak, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menerima bantuan pakaian raya, wang tunai dan hamper dari YPI.

Sumbangan yang diterima sedikit sebanyak meringanka­n beban keluarga dan dapat menyediaka­n persiapan lain daripada wang yang diperuntuk­kan.

Sementara itu, Pengerusi YPI Ishak Ismail berkata, pihaknya memperuntu­kkan kira-kira RM200 sepasang kelengkapa­n raya untuk seorang peserta.

“Untuk pembelian hari ini (semalam), kami membelanja­kan RM5,330 untuk semua ahli keluarga yang hadir.

“Kanak-kanak istimewa ini diberi dua pasang baju raya, selain adik-beradik dan ibu bapa diraikan dengan sepasang pakaian,” katanya.

Menurut Ishak, keprihatin­an Jakel Mall turut melancarka­n perjalanan program dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Kuala Lumpur

Aidilfitri kali ini begitu istimewa buat pasangan warga emas Muzairah Md Dasan, 65, dan Mahmad Darwis, 69, kerana kediaman mereka diceriakan dengan hiasan dalaman baru sebagai hadiah kejutan daripada anak serta menantu.

Kediaman usang berusia lebih 50 tahun terletak di Kampung Tengah Layang-Layang, Kluang, Johor itu kelihatan lebih ceria sebulan sebelum menjelang Aidilfitri hasil sentuhan enam anak dan menantu pasangan itu.

Anak keempat pasangan itu, Afzainizam, 36, kini menetap di Shah Alam, Selangor, berkata, mereka semua mengambil masa bertungkus-lumus selama dua hari sebelum ketibaan Ramadan untuk menghias rumah terbabit.

Katanya, mereka semua melakukan perancanga­n untuk menghias rumah peninggala­n arwah datuknya itu sejak dua bulan lalu dan bersyukur kerana perancanga­n mereka menjadi.

“Kami adik-beradik pada mulanya berbincang untuk membelikan hadiah buat emak sempena Hari Ibu namun abang sulung tiba-tiba beri cadangan agar rumah ini dihias untuk beri wajah baru.

“Rumah ini kosong kerana kami semua termasuk emak dan ayah hanya pulang untuk berkumpul di kampung jika ada majlis kenduri atau sambutan perayaan seperti Aidilfitri sahaja.

“Emak dan ayah sendiri tinggal di Pandan Indah, Ampang. Meskipun usia rumah itu sudah lebih 50 tahun kami anak-beranak pasti pulang ke kampung untuk berkumpul terutama pada 1 Syawal,” katanya.

Menurutnya, bagi menjayakan perancanga­n itu mereka membuka kumpulan WhatsApp khusus untuk membincang­kan mengenai jenis ubah suai, perhiasan yang sesuai selain pembahagia­n tugas.

“Niat kami cuma mahu emak dan ayah rasa gembira menyambut Aidilfitri dalam suasana baru dan mahu mencipta kemeriahan raya tahun ini memandangk­an emak sebelum ini kurang sihat sudah beransur baik.

“Setiap orang ada bahagian tugas masing-masing termasuk mengumpul wang, membeli barang, membuat lakaran dekorasi, menguruska­n pengangkut­an dan menjaga kanak-kanak selama dua hari kami bertungkus-lumus di kampung,” katanya.

Katanya, mereka memilih konsep gabungan vintaj retro

 Rumah lama berusia 50 tahun dihias indah sempena hadiah Aidilfitri untuk ibu, ayah

 ??  ?? KAWASAN luar kediaman
di Kampung Tengah Layang-Layang, Kluang.
KAWASAN luar kediaman di Kampung Tengah Layang-Layang, Kluang.
 ??  ?? RADI Saharuddin dan Isteri, Noor Zekha memilih baju raya untuk Siti Nur Marisa Amani yang menghidap kanser dari Rumah Harapan Kanak-kanak Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
RADI Saharuddin dan Isteri, Noor Zekha memilih baju raya untuk Siti Nur Marisa Amani yang menghidap kanser dari Rumah Harapan Kanak-kanak Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menghidap kanser dari Rumah Harapan Kanak-kanak Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menghidap kanser dari Rumah Harapan Kanak-kanak Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia