Harian Metro

Lapar, dahaga kerja tetap utama

-

moden untuk menceriaka­n dalaman rumah lama itu dengan bajet minimum sebanyak RM2,400.

“Kami tidak keluarkan baperluan jet yang banyak kerana dalam rumah itu sudah ada banyak barang dan perabot lama kesayangan emak, jadi kami cuma perbaiki mana yang ada serta beri nafas baru saja.

“Dengan bajet sebanyak itu kami membeli barangan ke- penting termasuk cat, tikar getah, langsir, lampu hiasan dan beberapa barangan hiasan tambahan,” katanya.

Pereka grafik itu berkata, mereka memanfaatk­an masa cuti dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menyiapkan kerja-kerja dekorasi berkenaan.

“Paling terharu emak mengucapka­n terima kasih dan sempat mengucup kami adik beradik kerana menghadiah­kannya dekorasi hiasan rumah sedemikian rupa,” katanya. Kuala Lumpur: Bertugas tidak kira masa, selain menahan lapar, dahaga dan kesabaran sepanjang berpuasa antara cabaran utama anggota polis trafik bertugas mengawal kelancaran lalu lintas sekitar ibu kota.

Bertugas sepanjang Ramadan menjadi cabaran besar kepada anggota polis kerana trafik di ibu kota menjadi lebih sesak berbanding pada hari biasa.

Kesesakan bermula seawal jam 6.30 pagi ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja dan kemudian bersambung ke sebelah petang kerana pengguna jalan raya masing-masing bergegas pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga atau membeli-belah bagi melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya sudah menambah anggota bertugas bagi memastikan aliran trafik sekitar ibu kota lancar.

Beliau berkata, kawasan penugasan JSPT Kuala Lumpur dibahagian kepada 13 zon yang turut membabitka­n beberapa laluan tumpuan.

“Trafik mula sibuk sekitar jam 5.30 petang kerana ramai baru tamat kerja, lalu lintas pasti menjadi perlahan kalau berlaku kemalangan kecil.

“Meskipun berpuasa anggota trafik tetap kena jalankan tugas tak kira dalam keadaan panas atau hujan, jarang sekali mereka ini berpeluang berbuka puasa bersama-sama keluarga kerana pada kebiasannn­ya lalu lintas hanya reda sekitar jam 9 malam.

“Namun setiap anggota sudah dilatih untuk berdepan apa juga bentuk situasi termasuk kejadian di luar jangka, inilah tugas polis trafik yang mana mungkin ramai tidak tahu cabarannya,” katanya ketika ditemui.

Zulkefly berkata, antara laluan tumpuan sekitar ibu kota adalah Jalan Bukit Bintang, Jalan Hang Tuah dan Lebuhraya Sultan Iskandar (dahulu Lebuhraya Mahameru).

Menurutuny­a, jika aliran trafik di laluan utama berkenaan mula padat ia akan menyebabka­n di jalan lain, malah risiko berlaku kemalangan sepanjang tempoh itu juga amat tinggi.

 ??  ?? GAMBAR selepas siap dekorasi rumah peninggala­n datuk di Kluang, Johor. TUGAS dekorasi rumah berusia 50 tahun giat dilakukan.
GAMBAR selepas siap dekorasi rumah peninggala­n datuk di Kluang, Johor. TUGAS dekorasi rumah berusia 50 tahun giat dilakukan.
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik bertugas mengawal lalu lintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman sempena sambutan Aidilfitri.
ANGGOTA polis trafik bertugas mengawal lalu lintas di Jalan Tuanku Abdul Rahman sempena sambutan Aidilfitri.
 ??  ?? ANGGOTA polis trafik diberi taklimat sebelum mula bertugas mengawal Jalan Tuanku Abdul Rahman.
ANGGOTA polis trafik diberi taklimat sebelum mula bertugas mengawal Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia