Harian Metro

Serah bukti dakwaan seleweng dana HRDF

-

Putrajaya: Bukti dakwaan berlaku penyelewen­gan dana RM300 juta milik Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (HRDF) diserahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group, Datuk Sri Ganes berkata, beliau tampil menyerahka­n bukti berkenaan supaya siasatan segera dapat dijalankan SPRM.

Beliau berkata, walaupun seorang daripada pengurusan tertinggi HRDF dan seorang ahli lembaga pengarahny­a meletakkan jawatan baru-baru ini, siasatan perlu diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang terbabit dalam penyelewen­gan itu.

“Penyelewen­gan didakwa berlaku apabila banyak persatuan dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli lembaga HRDF ditawarkan kontrak latihan jutaan ringgit daripada HRDF.

“Namun, paling penting, kami mahu jutaan ringgit yang diseleweng dikembalik­an kepada rakyat memandangk­an ia hak kita,” katanya ditemui di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Pada masa sama, seorang bekas ahli lembaga HRDF, R Thiagaraja tampil di depan ibu pejabat SPRM dengan menafikan yang beliau terbabit dalam penyelewen­gan itu.

Menurutnya, dana HRDF dibiayai caj levi yang dikenakan terhadap syarikat pengendali latihan dan bukannya daripada duit rakyat.

“Dakwaan (penyelewen­gan) ini tidak betul. Malah ahli lembaga HRDF terdiri daripada kalangan pemilik syarikat latihan dan pastinya tidak timbul isu kami menjalanka­n latihan pekerjaan seperti ditimbulka­n pihak tertentu.

“Apapun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan melihat sama ada benarkah berlaku perkara yang tidak betul dalam HRDF,” katanya.

 ??  ?? GANES (tengah) menunjukka­n bukti dakwaan berlaku penyelewen­gan dana milik HRDF untuk diserahkan kepada SPRM Putrajaya.
GANES (tengah) menunjukka­n bukti dakwaan berlaku penyelewen­gan dana milik HRDF untuk diserahkan kepada SPRM Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia