Harian Metro

Idea ketika hamil anak kedua

-

Projek bermula pada 2015, sumbangan dalam bentuk bungkusan makanan bernilai RM10 setiap seorang

Ia dilakukan menerusi Projek Buat Baik yang dikendalik­an Hariaety Empire iaitu syarikat persendiri­an dengan kerjasama Kelab Generasi Dinamik sepanjang Ramadan tahun ini.

Idea asal daripada pengelola projek berkenaan iaitu Mawar Hariaety

Azmi yang mempunyai pengalaman 12 tahun bekerja dalam bidang farmasi di sebuah hospital kerajaan sebelum ini.

Katanya, bekerja di hospital memberikan­nya peluang melihat sendiri keadaan pesakit di wad 3 hospital yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Kebanyakan daripada mereka berasal dari keluarga yang sederhana dan susah. Saya mahu mendekati pesakit itu supaya mereka rasa dihargai dan turut diberikan perhatian.

"Lazimnya pesakit di hospital luar bandar yang terbabit dalam projek ini begitu menghargai sumbangan diberikan dan ini membuatkan saya tersentuh hati.

"Memang semuanya mempunyai keluarga dan sama sekali tidak diabaikan, cuma kami mahu meraikan serta memberikan keseronoka­n kepada mereka saja," katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, berada di dalam wad bukan perkara menyeronok­kan tapi demi rawatan mereka perlu melaluinya.

Jelasnya, projek itu mula diadakan pada 2015 dan sumbangan diberikan dalam bentuk bungkusan makanan bernilai RM10 setiap seorang.

Menurutnya, bungkusan itu mengandung­i air kotak minuman, kek, kurma, biskut raya dan buah-buahan. Pemilihan makanan pula sebagaiman­a yang dipersetuj­ui pihak hospital.

"Ini kerana pesakit di hospital mempunyai pelbagai penyakit dan langkah itu bagi mengelakka­n menjejaska­n kesihatan mereka.

"Dana diperoleh adalah sumbangan daripada sukarelawa­n yang terbabit dalam projek ini iaitu sekurang-kurangnya RM50 seorang untuk pemberian sumbangan kepada lima pesakit.

"Seramai 2,500 pesakit daripada 15 hospital terbabit menerima sumbangan daripada kami pada tahun

 ??  ?? SUKARELAWA­N daripada Selimut Putih menyertai projek Buat Baik anjuran Hariaety Empire bersama Kelab
Generasi Dinamik.
SUKARELAWA­N daripada Selimut Putih menyertai projek Buat Baik anjuran Hariaety Empire bersama Kelab Generasi Dinamik.
 ??  ?? SUKARELAWA­N bersama jururawat Hospital Tanjung
Karang.
SUKARELAWA­N bersama jururawat Hospital Tanjung Karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia