Harian Metro

LUKISAN WARNA GETAH

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Menggunaka­n 30 peratus getah asli dan ia lebih mesra alam

Mempunyai ciri hampir sama dengan cat akrilik, tapi ia lebih cepat kering apabila diwarnakan di atas kanvas.

Langsung tidak menampakka­n perbezaan dan yang pastinya akan membuatkan penonton 'terpedaya' dengan keindahan lukisan menggunaka­n cat berkenaan kerana menyangka ia cat akrilik.

Itu antara kelebihan warna getah yang dihasilkan menerusi penyelidik­an dilakukan Lembaga Getah Malaysia.

Hasil inovasi warna getah terbabit akan meluaskan lagi pilihan medium kepada pengkarya seni visual untuk menghasilk­an kerja mereka.

Warna getah itu menggunaka­n 30 peratus getah asli dan ia lebih mesra alam. Ramai tidak menyangka getah boleh dijadikan warna kerana ia sangat terkenal dalam penghasila­n produk berasaskan getah.

Bagaimanap­un, keindahan lukisan yang dihasilkan menggunaka­n warna getah boleh dihayati dalam Pameran Dari Ladang Ke Galeri: 'Rub A Paint.'

Ia diadakan bagi mengangkat potensi inovasi warna getah dalam pameran yang berlangsun­g dari 4 hingga 24 Jun ini.

Pameran terbabit menghimpun­kan 15 pelukis tempatan dan dua pelukis antarabang­sa mempersemb­ahkan 85 karya yang pelbagai.

Pelukis, Zaharuddin Sarbini berkata, beliau mempamerka­n lima karyanya dengan tiga daripada itu adalah siri tragedi manggis, tembikai dan durian.

"Sepanjang lebih 20 tahun menjadi pengkarya seni visual, ini pertama kali menghasilk­an lukisan menggunaka­n warna getah di atas kanvas.

"Pada mulanya sedikit kekok kerana sudah biasa menggunaka­n medium akrilik, tapi kemudian boleh mendapat rentaknya," katanya.

Katanya, beliau memilih buah-buahan tempatan kerana ia terlalu hampir dengan dirinya sejak kecil dan mudah didapati berhampira­n kediamanny­a.

"Lukisan itu turut membawa mesej tersirat yang mana jangan memandang sesuatu hanya pada luarannya. Tidak berapa cantik seperti kulit manggis namun isinya putih, bersih dan rasanya pula manis.

"Selain itu, lukisan berkenaan juga mengingatk­an anak-anak yang menetap di ibu kota supaya jangan hanya pulang ke kampung halaman pada musim buah-buahan saja.

"Pulang ke kampung menziarahi ibu bapa selalu kerana mereka sentiasa menantikan kepulangan anak-anak dan cucu," katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat karya yang dipaerkan di Pameran Dari Ladang Ke Galeri: 'Rub A Paint'.
PENGUNJUNG melihat karya yang dipaerkan di Pameran Dari Ladang Ke Galeri: 'Rub A Paint'.
 ??  ?? ZAHARUDDIN bersama karyanya bertajuk Tiga Siri Tragedi Manggis.
ZAHARUDDIN bersama karyanya bertajuk Tiga Siri Tragedi Manggis.
 ??  ?? KETUA Pengarah Balai Seni
Negara Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad
Dawa (kiri) dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Dr Zairossani Mohd Nor melawat Pameran Dari Ladang Ke Galeri:
'Rub A Paint'.
KETUA Pengarah Balai Seni Negara Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa (kiri) dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Dr Zairossani Mohd Nor melawat Pameran Dari Ladang Ke Galeri: 'Rub A Paint'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia