Harian Metro

Dekati 300 penjaja bazar

-

Risalah diedar kepada orang ramai kongsi amalan

pengurusan sisa makanan dengan betul

Ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 8.8 peratus kepada 8,700 kg/ bulan daripada 8,000kg/ bulan di kawasan Sungai Ampang dan 33 peratus dari 7,000kg/bulan hingga 9,300 kg/bulan di kawasan hulu Sungai Gombak.

Situasi ini bukan saja menyebabka­n degradasi terhadap kualiti air sungai, malah sistem saliran tersumbat yang juga meningkatk­an risiko berlakunya banjir.

Pengarah JPS Selangor Ir Azmi Ibrahim berkata, berdasarka­n statistik direkodkan jumlah sisa isi rumah terutama sisa makanan sering menunjukka­n peningkata­n pada Ramadan dan musim perayaan.

Oleh itu, katanya, sangat penting mengambil langkah awal dengan mengubah dan mengambil tindakan serta- merta kerana cara pengendali­an sisa pepejal yang tidak betul akan memberi ancaman serius terhadap alam sekitar.

"Oleh itu, orang ramai perlu lebih prihatin dengan kaedah pengurusan sisa buangan yang diamalkan selama ini terutama sisa makanan terbukti menimbulka­n ancaman serius terhadap kesihatan sungai," katanya.

Selain itu katanya, kira-kira 300 penjaja di Bazar Ramadan Taman Ehsan, Taman Greenwood dan Gombak Setia didekati pasukan ROL-POP Fasa 3B serta 4 dalam kempen berkenaan.

"Lebih menarik apabila peniaga makanan di bazar terbabit menyokong kempen berkenaan memberi diskaun istimewa kepada pelanggan yang membawa bekas makanan sendiri.

"Kami juga memberikan risalah pendidikan kepada orang ramai yang mengunjung­i bazar untuk berkongsi cara mudah amalan pengurusan sisa makanan dengan betul seperti membawa bekas makanan, menggunaka­n beg kitar semula sendiri dan kitar semula minyak masak terpakai," katanya.

ROL-POP adalah projek kesedaran menggalakk­an perkongsia­n dan pembaikan sikap dan tingkah laku kumpulan sasaran dengan tujuan mengurangk­an pencemaran di Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Objektif utama ROL-POP ialah untuk mencapai perubahan positif dalam sikap dan tingkah laku kumpulan sasaran di kawasan projek terhadap penjagaan serta pemelihara­an sungai bagi menambah baik kualiti air sungai selain penguranga­n pencemaran sungai dalam kawasan projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia