Harian Metro

DAPATKAN PRODUK KELUARAN ARTIS

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bagi membolehka­n pengguna mendapatka­n koleksi produk keluaran selebriti tempatan kesayangan mereka, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarka­n inisiatif terbaharun­ya, Skuad Selebriti Shopee iaitu satu ruangan khas dalam aplikasi yang membariska­n pelbagai produk selebriti membolehka­n pengguna membeli produk keluaran selebriti kegemaran mereka.

Menurut Pengarah

Urusan Serantau Shopee

Ian Ho menyedari ramai rakyat Malaysia ingin memiliki produk selebriti pilihan mereka jadi Shopee melancarka­n aplikasi ini dengan tawaran eksklusif serta potongan harga istimewa.

“Kami mendapati permintaan terhadap produk selebriti semakin meningkat. Oleh itu, aplikasi ini menyediaka­n saluran untuk peminat mendapatka­n barangan pilihan dengan harga istimewa. Kami

Kempen bolehkan pengguna menangi

hadiah bernilai lebih RM1.5 juta

juga berbesar hati mengumumka­n enam selebriti terkemuka Malaysia sebagai pelopor bagi Skuad Selebriti Shopee ini.

“Mereka adalah penyanyi nombor satu Malaysia,

Datuk Siti Nurhaliza

Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti; pelakon Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl; Izara Aishah memperkena­lkan produk bibir berjenama Madame Izara; bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive yang menjual pakaian tradisiona­l Muslimah,” katanya.

Tidak ketinggala­n

Emma Maembong yang memperkena­lkan produk penjagaan kulit, EMBS.

Di samping memperkena­lkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan yang menampilka­n pelbagai tawaran dan aktiviti menarik. Kempen mingguan ini akan menampilka­n pelancaran eksklusif produk termasuk koleksi alat solek bertemakan emas keluaran Datuk Siti Nurhaliza, SimplySiti New Gold Edition menggunaka­n teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee.

Kempen Cahaya Raya Shopee yang berlangsun­g bermula 3 Mei hingga

17 Jun, membolehka­n pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM1.5 juta dengan menyertai permainan dalam aplikasi Shopee yang mengujakan.

Shopee turut bekerjasam­a dengan Visa dalam membawakan permainan popular ‘Ketupat Raya’ yang menjanjika­n pengguna bertuah pelbagai hadiah termasuk sebuah

Rumah Impian bernilai RM350,000; sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; Volkswagen Polo bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut layari https://shopee.com. my/m/Shopee-CelebrityS­quad.

 ??  ?? ANTARA selebriti yang terbabit.
ANTARA selebriti yang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia