Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 10 malam BAJRANGI BHAIJAAN TV3, 7 malam HALALKAN HATI YANG KU CURI TV3, 10 malam NUR

Mengisahka­n Bajrangi, seorang penganut Hindu berjumpa seorang kanakkanak perempuan bisu bernama Shahida di kawasan kuil.

Menarik mengenai gadis comel ini, dia berasal dari Pakistan dan beragama Islam. Dia sesat ketika mengikut ibunya berubat di India sehingga tertinggal kereta api ketika perjalanan pulang.

Bajrangi cuba membantu Shahida dengan menghantar­nya pulang ke Pakistan, tetapi mendapat pelbagai tentangan dan halangan. Antara dugaan yang dihadapiny­a adalah campur tangan politik antara India dan Pakistan serta perbezaan agama.

Ketika dalam perjalanan ke Pakistan melalui jalan haram, dia dituduh sebagai perisik India atas salah faham yang berlaku. Apakah yang terjadi seterusnya? Berjayakah Bajrangi membawa pulang Shahida ke pangkuan keluargany­a?

PELAKON: Salman Khan, Harshaali Malhotra dan Kareena Kapoor. Faiq dan Delisha menuju rumah anak yatim yang dikatakan kepunyaan Nenda Rosnah, tetapi sekali lagi mereka terkejut kerana rumah anak yatim itu sudah menjadi sekolah. Faiq buntu dan kemudian mengajak Delisha keluar dari situ.

PELAKON: Farah Nabilah, Aliff Aziz, Shah Iskandar dan Mimi Lana. Menerusi bantuan Qhadeeja, Aishah membalas kembali perintah itu dengan memfailkan hakam ke atas Syed Hamadi. Aishah mendesak hakim menjatuhka­n perintah berpisah antara dia dan Syed Hamadi.

PELAKON: Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Nurkhiriah Bin Ahmad Shafie dan Azhan Rani.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia