Harian Metro

‘Belum ada keputusan mengenai AES’

-

Putrajaya: Keputusan mengenai kedudukan pelaksanaa­n Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) akan dibuat dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeria­nnya mengkaji perkara itu dan beliau sudah mengarahka­n pegawai serta kementeria­n berkaitan untuk mengemukak­an maklum balas dan cadangan.

“Setakat ini belum ada keputusan mengenai AES kerana ia membabitka­n implikasi lain. Kita perlu mengkajiny­a sebelum membuat apa-apa pengumuman.

“Saya akan membincang­kan pilihan yang ada dengan pegawai kementeria­n dan akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan. Ia akan diketahui dalam satu atau dua bulan,” katanya pada sidang media, semalam.

Ditanya sama ada kerajaan akan membatalka­n AES, beliau tidak mahu membuat andaian awal mengenainy­a.

Mengenai saman AES yang sudah dibayar, Loke berkata, tentu ramai yang sudah membayar saman itu, namun bagi yang belum membayarny­a, tiada tindakan diambil terhadap mereka setakat ini dan pihaknya akan memutuskan bagaimana untuk mengendali­kan saman itu.

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata, Malaysia akan berunding dengan Singapura berhubung projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang diumum akan ditangguhk­an, bukan dibatalkan sepenuhnya.

Menurutnya, beliau bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ke Singapura bagi rundingan itu, namun belum ada tarikh tertentu yang ditetapkan.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baru, Loke berkata, maklumat lanjut mengenainy­a akan diberikan oleh Perdana Menteri selepas beliau pulang dari Jepun.

 ??  ?? LOKE (tiga dari kiri) menerima cek untuk Tabung Harapan Malaysia daripada Ketua Pegawai Operasi Seri Pajam Deverlopme­nt Sdn Bhd, Thomas Ten (tiga dari kanan).
LOKE (tiga dari kiri) menerima cek untuk Tabung Harapan Malaysia daripada Ketua Pegawai Operasi Seri Pajam Deverlopme­nt Sdn Bhd, Thomas Ten (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia