Harian Metro

Tumpu 10 kawasan panas

- Kalbana Perimbanay­agam news@nstp.com.my

Lebih 5,000 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya di ibu negara oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam tempoh empat hari sejak Op Selamat 13/2018 dilancarka­n.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, saman dikeluarka­n sejak operasi bermula 8 Jun lalu itu membabitka­n pelbagai kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata, walaupun jumlah kenderaan di ibu negara dijangka lebih rendah pada musim perayaan, tumpuan akan terus diberikan kepada 10 kawasan panas dengan kekerapan kemalangan dan jumlah kenderaan yang tinggi.

Katanya, ia adalah untuk menjaga keselamata­n pengguna jalan raya dan memastikan tiada insiden yang boleh menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

“Pada musim balik kampung ini, pemandu harus memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan menilai keupayaan

 5,000 saman dikeluarka­n dalam tempoh empat hari Op Selamat

diri untuk memandu jauh sebelum memulakan perjalanan.

“Selain itu, pemandu mesti belajar menjangkak­an apa yang akan berlaku di dalam kenderaan, di belakang atau di luar kenderaan dari pelbagai sisi.

“Ini bagi memastikan pemandu dapat bersedia untuk berdepan dengan perkara yang berlaku secara tiba-tiba,” katanya selepas Op Selamat 13/18 peringkat Kuala Lumpur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), semalam.

Antara kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju dibenarkan, menggunaka­n telefon bimbit, memotong barisan, memotong di garisan berkembar dan melanggar lampu merah.

Zulkefly berkata, secara purata 150 hingga 200 kemalangan berlaku di bandar setiap hari.

“Bagaimanap­un, jumlah trafik ketika musim perayaan turun naik 10 peratus. Sebagai contoh, dua hari pertama, jumlah meningkat sebelum kembali menurun dengan jumlah yang sama iaitu 10 peratus pada hari ketiga dan keempat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ dan SPAD mengadakan Op Bas di TBS bersempena Op Selamat 13, bagi memastikan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya.
ANGGOTA JPJ dan SPAD mengadakan Op Bas di TBS bersempena Op Selamat 13, bagi memastikan pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia