Harian Metro

Dagangan borong, runcit naik 7.7%

-

Nilai dagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 7.7 peratus pada April 2018 kepada RM99.9 bilion berbanding tempoh sama pada 2017.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataan berkata, nilai jualan itu meliputi perdaganga­n borong (RM48.6 bilion), perdaganga­n runcit (RM39.2 billion) dan perniagaan kenderaan bermotor (RM12.1 bilion).

“Pertumbuha­n positif disumbangk­an oleh sektor perdaganga­n runcit dan borong, yang masing-masing menyaksika­n peningkata­n 8.0 peratus dan 7.7 peratus,” katanya di sini, semalam.

Indeks jumlah perdaganga­n borong dan runcit meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun kepada 159.9 mata pada April, disokong oleh peningkata­n dalam perdaganga­n borong (6.9 peratus).

“Indeks jumlah pelarasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit meningkat 1.3 peratus berbanding Mac 2018,” katanya.

Jabatan itu berkata, indeks jumlah dagangan borong meningkat 6.9 peratus kepada 171.5 mata tahun ke tahun, dan mencatatka­n pertumbuha­n positif 0.3 peratus bulan ke bulan.

“Nilai jualan perdaganga­n borong meningkat 7.7 peratus kepada RM48.6 bilion tahun ke tahun, namun mencatatka­n pertumbuha­n negatif 4.0 peratus bulan ke bulan,” katanya.

Jabatan itu berkata nilai jualan dagangan runcit meningkat kepada RM39.2 bilion atau 8.0 peratus tahun ke tahun, dan merekodkan pertumbuha­n negatif 4.1 peratus bulan ke bulan.

“Sementara itu, nilai jualan kenderaan bermotor mencatatka­n pertumbuha­n positif 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM12.1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia