Harian Metro

Raya ala kadar bersama cucu yatim piatu

-

Kota Bharu: “Sambutan Aidilfitri kali ini kami raikan ala kadar saja,” kata Mat Nawi Salleh, 62, datuk kepada dua kanak-kanak yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya, tiga bulan lalu.

Muhamad Amin Syahiran, 4, dan Muhamad Anas Akil yang berusia setahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31, dan Nur Annisa Ismail, 27, yang hamil dua bulan maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu pada 12 Mac lalu.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Tanah Merah hilang kawalan sebelum bertembung dengan Proton Waja di laluan bertentang­an.

Mat Nawi berkata, kejadian malang menimpa anak dan menantunya dirasakan masih segar menyebabka­n semua persediaan menyambut Aidilfitri sekadar sederhana.

Walaupun begitu, katanya, persiapan tetap dibuat untuk dua cucunya itu mengambil kira dirinya sebagai penjaga mereka.

“Alhamdulil­lah mereka juga mendapat sumbangan baju raya daripada jiran yang simpati dengan nasib mereka, sekali gus meringanka­n beban kami.

“Cukuplah untuk pastikan mereka gembira seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, beberapa kali cucunya bertanya mengenai kehilangan ibu bapa mereka dan dia masih sukar menceritak­an hal sebenar kerana kedua-duanya masih kecil.

“Sukar nak cerita perkara sebenar kerana mereka masih kecil dan tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku.

“Insya-Allah pagi Syawal nanti, saya akan bawa mereka menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Bendang Pauh, Pasir Mas,” katanya.

 ??  ?? MAT Nawi bersama dua cu cu n y a.
MAT Nawi bersama dua cu cu n y a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia