Harian Metro

Warga kota berpusu-pusu pulang ke desa

-

Kuala Lumpur: ‘Demam raya’ mula melanda apabila jutaan warga kota mula berpusu-pusu meninggalk­an ibu kota untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Tinjauan trafik di lebuh raya menghala keluar dari ibu kota, semalam mendapati berlaku peningkata­n jumlah kenderaan bermula jam 4 petang sebelum aliran trafik dilaporkan mula perlahan sekitar jam 6 petang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Facebook (FB) rasminya memaklumka­n satu laluan kontra dibuka di Kilometer 436.4 sehingga Kilometer 449.6 Lebuhraya PLUS selepas trafik semakin perlahan arah utara dari Rawang ke Sungai Buaya, Selangor.

Selain itu, aliran trafik turut perlahan dari arah Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah terus ke Gopeng, Jelapang ke Terowong Menora, Bukit Merah ke Alor Pongsu dan dari Juru ke Permatang Pauh.

Trafik juga turut dilaporkan perlahan menuju ke arah timur di Gombak ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Lentang dan 2.4 kilometer dari Plaza Tol Kuala Terengganu.

Arah selatan pula, trafik mula perlahan dari Nilai menuju Bandar Ainsdale, Negeri Sembilan dan dari Skudai ke Senai,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotra­fik.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa sebelum ini berkata, lebih dua juta individu dijangka memulakan perjalanan menuju ke kampung halaman masing-masing bermula semalam.

Beliau berkata, orang ramai dijangka pulang ke kampung halaman dua hari sebelum raya kerana mahu menikmati diskaun 50 peratus bagi bayaran tol seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatk­an supaya merancang perjalanan dan bersedia untuk berdepan kesesakan teruk yang dijangka berlaku.

 ??  ?? KEADAAN aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Juru ke Sungai Dua.
KEADAAN aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Juru ke Sungai Dua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia