Harian Metro

PENTING KUALITI

-

ketika ditemui, di gerainya, semalam.

Karmila, sentiasa melakukan penambahba­ikan bagi menjaga kualiti masakan dan selain sedikit inovasi sebagai jaminan lauk-pauk dijual kekal enak.

Meskipun, menggaji pembantu dia tetap akan memasak lauk-pauk berkenaan kerana mahu menjaga kualiti dan rasanya tetap sama.

Selain itu Karmila berkata, juadah dijual istimewa kerana menggunaka­n rempah yang digiling sendiri, sekali gus memiliki rasa dan keenakan berbeza.

Dia yang berasal dari Batu Pahat, Johor adalah antara usahawan wanita yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Saya berterima kasih kepada Coca-Cola KU kerana membantu peniaga kecil seperti saya untuk mengembang­kan lagi perniagaan kami,” katanya.

Terdahulu Karmila menerima sumbangan topi, apron dan alas meja disampaika­n wakil Coca-Cola, sekali gus menjadikan gerainya lebih ceria.

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.

Bagi penganjura­n di Malaysia, 5by20 ialah program Coca-Cola KU di mana usahawan tempatan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

Resipi turun-temurun buat gerai di Bazar Ramadan Seksyen 18, Shah Alam jadi tumpuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia