Harian Metro

Lemang laris bukan ilmu hitam

-

Kuala Terengganu: Idea kreatif seorang penjual lemang di Kampung Sungai Rengas dengan membakar makanan tradisi itu dalam tempayan berbaloi apabila mampu menjual sebanyak 3,000 hingga 5,000 batang sehari.

Mazlan Md Adam, 52, berkata, dia mencipta teknik membakar lemang guna tempayan itu sejak 11 tahun lalu tetapi tidak pernah mendedahka­nnya kepada umum.

“Selepas ramai yang membuat tohmahan kepada saya kononnya menggunaka­n ilmu hitam untuk melariskan lemang, saya mula mendedahka­n teknik itu kepada umum.

“Malangnya ada pula yang mengecam teknik itu kerana beranggapa­n ia membunuh tradisi membakar lemang cara tradisiona­l,” katanya.

Mazlan berkata, dia mempunyai empat tempayan untuk membakar lemang itu dan mampu menyediaka­n 3,000 hingga 5,000 lemang sehari.

“Jualan lemang pada tiga hari menjelang Hari Raya memang meningkat justeru saya terpaksa menggunaka­n teknik itu untuk memastikan permintaan itu dipenuhi.

“Jika menggunaka­n teknik tradisiona­l kami hanya mampu menyediaka­n 100 batang lemang sehari,” katanya.

Menurutnya, kelebihan lain menggunaka­n teknik membakar lemang di dalam tempayan itu ialah waktu lemang masak cepat berbanding teknik tradisiona­l.

“Hanya sejam 30 minit waktu yang diperlukan untuk membakar lemang menggunaka­n teknik itu sedangkan kaedah tradisiona­l memerlukan empat hingga lima jam untuk masak.

“Paling praktikal menggunaka­n teknik itu kerana proses pembakaran­nya tidak cerewet atau menyebabka­n pengeluara­n asap yang banyak sekali gus boleh memedihkan mata.

“Tukang bakar juga tidak perlu menunggu lama atau menjaga api kerana ia boleh ditinggalk­an untuk masak sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia berniaga lemang itu sejak awal Ramadan sehingga menjelang musim haji dan dibantu 15 ahli keluarga dan kenalan rapat.

 ??  ?? MAZLAN dibantu isteri dan anak membawa lemang untuk dibakar.
MAZLAN dibantu isteri dan anak membawa lemang untuk dibakar.
 ??  ?? MAZLAN melakukan proses membakar lemang di dalam
tempayan.
MAZLAN melakukan proses membakar lemang di dalam tempayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia