Harian Metro

KERETA SORONG KONGSI REZEKI

 Seramai 87 ahli kelab bola sepak redah panas terik agih bantuan kepada golongan asnaf

- Khalid Latip am@hmetro.com.my Sebuti Juni Aktiviti diadakan pada Ramadan setiap tahun ini bertujuan mengeratka­n hubungan antara kelab dan masyarakat. Selain itu, ia mampu menyemai sikap kerjasama antara ahli yang rata-ratanya belia kampung”

Mukah

Biarpun hanya menggunaka­n kereta sorong dalam keadaan cuaca panas terik, seramai 87 ahli kelab bola sepak sanggup berarak keliling kampung mengagihka­n bantuan kepada golongan asnaf di Kampung Betanak Pulau Bruit di sini.

Pengerusi Kelab Bola Sepak Kampung Betanak, Sebuti Juni, berkata penganjura­n program itu sebahagian usaha murni meringan beban mereka yang kurang berkemampu­an meraikan Aidilfitri.

Melalui program unik itu, katanya, mereka berkesempa­tan menghulurk­an sumbangan berupa makanan kepada sebanyak 21 keluarga yang layak.

“Aktiviti diadakan pada Ramadan setiap tahun ini bertujuan mengeratka­n hubungan antara kelab dan masyarakat. Selain itu, ia juga bermatlama­t menyemai sikap kerjasama dan bantu membantu antara ahli yang rata-ratanya belia kampung.

“Kami menghulurk­an sumbangan ikhlas dengan harapan dapat membantu golongan fakir miskin supaya mereka dapat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sama seperti insan lain yang lebih bernasib baik,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaa­n program dapat menepati kumpulan sasar di peringkat akar umbi dan memberi impak yang positif bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap pembabitan golongan muda dalam aktiviti kemasyarak­atan.

Malah, katanya, sokongan padu belia terhadap program tersebut menyuntik semangat mereka untuk meneruskan penganjura­nnya pada masa akan datang.

“Saya terharu dengan komitmen padu ahli kelab yang membantu kejayaan penganjura­n program ini,” katanya.

 ??  ?? AHLI Kelab Bola Sepak Kampung Betanak berarak keliling kampung mengagihka­n bantuan kepada fakir miskin di Pulau Bruit, Mukah.
AHLI Kelab Bola Sepak Kampung Betanak berarak keliling kampung mengagihka­n bantuan kepada fakir miskin di Pulau Bruit, Mukah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia