Harian Metro

Kelupis Brunei warnai pagi Syawal

-

Papar: Jika di Semenanjun­g, lemang dan ketupat menjadi hidangan wajib di pagi Syawal, bagaimanap­un sejenis makanan tradisiona­l ‘kelupis’ dihasilkan menggunaka­n beras pulut dan santan menjadi sajian wajib di Sabah khususnya bagi masyarakat etnik Brunei.

Tanpa hidangan istimewa yang biasanya dimakan bersama kuah kacang atau rendang daging dan ayam itu, sambutan Aidilfitri dianggap kurang lengkap.

Berikutan itu, masyarakat etnik Brunei di Sabah menjadikan acara ‘mengelupis’ atau membuat kelupis sebagai aktiviti menjelang Aidilfitri sama ada dibuat secara sendiri atau berkumpula­n terutama beberapa hari sebelum Hari Raya.

Bagaimanap­un, bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membuatnya sendiri apatah lagi proses penghasila­nnya agak rumit, kelupis ditempah daripada pengusaha makanan tradisi sama ada secara sejuk beku mahupun sudah siap dimasak.

Bagi kelupis yang siap dimasak biasanya ditempah sehari atau dua hari sebelum Aidilfitri kerana makanan itu yang siap dimasak biasanya hanya bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari sahaja.

Pengusaha kelupis yang beroperasi dari Kampung Kelanahan di sini, Fatmah Awang Ahmad, 61, berkata menjadi kebiasaan baginya menyediaka­n kelupis dalam kuantiti yang lebih banyak setiap kali menjelang Aidilfitri dan tempahan meningkat berbanding pada hari biasa.

“Biasanya saya terima tempahan lebih awal, namun sehari atau dua hari sebelum Aidilfitri, barulah saya mula menyiapkan tempahan. Biasanya pelanggan mengambil kelupis yang ditempah pada malam atau awal pagi raya,” kata suri rumah tersebut yang berasal dari Kimanis tapi suda lama menetap di kampung itu.

Fatmah berkata, beliau turut menerima tempahan kelupis sepanjang bulan Ramadan namun tidak dalam jumlah yang banyak.

Ibu kepada empat anak itu berkata, anggaran sukatan bahan digunakan untuk menghasilk­an kira-kira 500 kelupis ialah 10 kilogram (kg) beras pulut dan 20 biji kelapa untuk santan.

“Saya mengenakan harga 70 sen untuk sebiji kelupis dan hanya membuatnya setiap kali menerima tempahan,” katanya yang menerima tempahan sehingga 5,000 biji kelupis daripada pelanggan untuk hidangan lebaran.

Beliau memberitah­u, bahan untuk membuat kelupis adalah menggunaka­n antaranya beras pulut, santan dan daun pandan, namun cara penghasila­nnya bukan mudah kerana banyak langkah yang perlu dilakukan.

 ??  ?? FATMAH menunjjukk­an kellupiis yang siiap
diibungkus..
FATMAH menunjjukk­an kellupiis yang siiap diibungkus..
 ??  ?? FATMAH (kanan) bersama ahli keluarga membungkus kelupis dengan menggunaka­n daun ngirik.
FATMAH (kanan) bersama ahli keluarga membungkus kelupis dengan menggunaka­n daun ngirik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia