Harian Metro

Teruja dapat jumpa tuanku

-

Permaisuri: “Sebelum ini saya hanya lihat Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin melalui televisyen dan tidak pernah jumpa secara berdepan,” kata Muhammad Fairuz Arifaizal, 10.

Dia bersama abangnya, Izzat Izzudin Arifaizal, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 29, Sungai Tong, antara 150 pelajar miskin menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yang Di Pertuan Muda Terengganu di Masjid Al-Ridhuan Sungai Tong, petang kelmarin.

“Saya sangat teruja kali ini kerana berpeluang berjumpa dan bersalaman dengan tuanku sewaktu menerima sumbangan.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak meringanka­n beban kami membuat persiapan hari raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Izzat berkata, kedua ibu bapa mereka sudah berpisah dan kali terakhir berjumpa ayah kandung pada tahun lalu.

“Ibu kami Azliza Ismail bekerja sebagai tukang sapu di Hospital Setiu untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

“Pada tahun ini kami menyambut Aidilfitri bersama keluarga di FELDA Chalok Barat,” katanya.

Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail berkenan berangkat ke Masjid Al-Ridhuan Sungai Tong diiringi Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya bagi menyempurn­akan Majlis Pengurniaa­n Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa.

Pada majlis itu, 300 penerima dari dua daerah Setiu dan Besut menerima sumbangan terdiri daripada 150 penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mualaf berjumlah

RM200.

Sebahagian lagi penerima terdiri daripada 150 pelajar miskin menerima sumbangan wang tunai RM200 dan satu persalinan bernilai RM150.

Selepas selesai majlis pengurniaa­n, Yang Di Pertuan Muda Terengganu berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib berjemaah.

 ??  ?? TENGKU Muhammad Ismail menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Majlis
Pengurniaa­n Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa, Masjid Al-Ridhuan Sungai Tong,
Permaisuri, Setiu.
TENGKU Muhammad Ismail menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Majlis Pengurniaa­n Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa, Masjid Al-Ridhuan Sungai Tong, Permaisuri, Setiu.
 ??  ?? MUHAMMAD Fairuz (kiri) dan Izzat Izzudin gembira menerima sumbangan.
MUHAMMAD Fairuz (kiri) dan Izzat Izzudin gembira menerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia