Harian Metro

Duit raya buat 338 asnaf di daerah Sik

-

Sik: Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya lebih bermakna buat 338 asnaf di daerah ini apabila menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan duit raya pada Penyerahan Sumbangan Program Jejak Asnaf Daerah Sik, semalam.

Program anjuran bersama kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sedekahlah Group of Companies itu diadakan di Dewan Al Hana, di sini, bertujuan meringanka­n beban mereka menyambut Aidilfitri.

Penyelaras Perhubunga­n dan Kebajikan Sedekahlah Group of Companies, Md Sabri Hamid berkata, asnaf yang dipilih terdiri daripada penduduk di daerah Sik, yang mana masing-masing menerima barangan keperluan dapur seperti beras, telur dan minyak masak berjumlah RM200 selain sumbangan kain batik untuk wanita serta kain pelikat bagi lelaki.

Katanya, selain itu, sumbangan duit raya juga turut diberikan kepada penerima bagi menambahka­n lagi keceriaan mereka.

“Pihak kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringanka­n beban golongan asnaf selain menceriaka­n mereka bagi menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada program terbabit.

Program terbabit disempurna­kan Pegawai Daerah Sik, Datuk Bukhari Abdullah yang mewakili Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan, Halimaton Shaadiah Saad.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Sedekahlah Group of Companies, Datuk Ilias Yusof.

Penerima sumbangan, Sarah Awang Kechik, 70, dari Kampung Padang

Chicak berkata, sumbangan yang diterimany­a cukup bermakna terutama ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

Katanya, sebagai ibu tunggal, dia menyara hidup dengan dibantu anak lelaki ketiganya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Setakat ini saya belum membeli keperluan raya dan hanya menanti lebaran dengan sekadar apa yang ada saja.

“Sumbangan ini memang cukup bermakna, dalam saat akhir menyambut hari raya ini saya bersyukur dan amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan ini,” katanya.

 ??  ?? BUKHARI (tiga dari kanan) bersama Md Sabri (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Dewan Al Hana Sik.
BUKHARI (tiga dari kanan) bersama Md Sabri (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Dewan Al Hana Sik.
 ?? Sarah Awang Kechik ?? Sumbangan ini memang cukup bermakna, dalam saat akhir menyambut hari raya ini saya bersyukur dan amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan ini”
Sarah Awang Kechik Sumbangan ini memang cukup bermakna, dalam saat akhir menyambut hari raya ini saya bersyukur dan amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia