Harian Metro

Bayar RM108,300 untuk RM20,000

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Guru terpedaya pinjaman peribadi di Facebook tanggung kerugian besar

Mahu membuat pinjaman peribadi RM20,000, tetapi peminjman perlu membayar RM108,380.

Itu terjadi kepada seorang guru di Pekan apabila diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud di laman sosial Facebook (FB).

Kejadian bermula pertengaha­n April lalu apabila mangsa berusia 43 tahun tertarik dengan iklan pinjaman peribadi dipromosik­an di Facebook atas nama Pinjaman Peribadi Koperasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa meletakkan nombor telefonnya di ruangan komen bagi memudah koperasi itu menghubung­inya.

“Pada 30 April lalu, mangsa dihubungi seorang wanita memperkena­lkan diri sebagai Miss Celine daripada Syarikat Al Ariyah Enterprise yang menawarkan pinjaman peribadi.

“Selepas perbincang­an, mangsa menyerahka­n gambar serta beberapa dokumen dan suspek bersetuju menawarkan pinjaman peribadi RM20,000 dengan bayaran bulanan RM433.33 selama 5 tahun melalui potongan secara automatik bank,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu membuat beberapa kali transaksi wang untuk pelbagai caj dikenakan bermula 3 Mei sehingga Sabtu lalu.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n RM108,380 dan wang berkenaan kononnya untuk tujuan pemprosesa­n dan kelulusan pinjaman itu.

“Mangsa menyedari ditipu apabila pelbagai transaksi dibuat dan menghubung­i Telelink Bank Negara Malaysia (BNM) yang menasihati­nya membuat laporan polis. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merakam percakapan mangsa dan suspek dikenal pasti berdasarka­n akaun bank diberikan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia