Harian Metro

Restoran Jamal diarah tutup

-

Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (GN1M) yang dikendalik­an Datuk Seri Jamal Yunos menerima notis menghentik­an operasi daripada pihak berkuasa pada 12 Jun lalu.

Notis yang dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui bahagian Pentadbira­n

Tanah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur itu mengarahka­n premis dikosongka­n sebelum 18 Jun ini.

Menerusi notis yang dimuat naik di laman Facebook GN1M, kandungan surat menyatakan premis di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 425 (1), Kanun Tanah Negara dengan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa negeri.

Pada Oktober tahun lalu, di bawah pentadbira­n Barisan Nasional (BN), Jamal secara rasmi membuka restoran berkenaan dengan memberi makanan dan minuman secara percuma kepada 1,000 warga kota selama tiga tahun.

Restoran itu memulakan operasi jam 11 pagi hingga 3 petang setiap hari dengan kos perbelanja­an RM5,000 setiap hari.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n di Facebook, wakil GN1M berkata, pihaknya bagaimanap­un menafikan pemberian makanan percuma berkenaan membabitka­n agenda politik. “Kewujudan restoran ini bagi memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati juadah makanan secara percuma tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

“Sambutan Aidilfitri bakal tiba beberapa hari lagi dan tempoh diberikan sangat singkat untuk kami mengemas dan ia akan memberi kesan kepada orang ramai juga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia