Harian Metro

Kembali kepada perjuangan asal BN

-

Kuala Lumpur: Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu kembali kepada semangat perjuangan asal ketika mereka dalam gabungan Parti Perikatan, tapi dalam sistem pentadbira­n yang baru.

Setiausaha Agung Majlis Perundinga­n Melayu, Datuk Dr Hasan Mad berkata, kepemimpin­an BN perlu mempamerka­n semangat setiakawan tinggi dan saling membantu.

Katanya, BN wajib dijenama semula dan diterima rakyat sebagai parti kemakmuran dan perpaduan. “Kejatuhan BN ibarat satu

avalanche (runtuhan salji) maha dahsyat. Runtuh bersamanya kepemimpin­an institusi kerajaan dan korporat yang sekian lama diterajui bangsa Melayu/Bumiputera. Avalanche itu pula menghempap dan turut meruntuhka­n beberapa institusi Islam yang berperanan memajukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n di sini, semalam.

Kenyataan itu susulan reaksi kepada tindakan empat parti komponen BN di Sarawak meninggalk­an gabungan parti itu, semalam.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari BN dan keempat-empat parti itu mewujudkan gabungan baru, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

MPM juga berkata, parti dalam komponen BN jangan cepat menyalahka­n rakan dalam gabungan parti itu dan menuduh mengabaika­n mereka.

“Mereka menyalahka­n gejala kepimpinan­an songsang yang diamalkan ramai pemimpin UMNO,” katanya.

Beliau berkata, BN yang kini hampir kembali mirip ke wajah Parti Perikatan, wajib memikul tanggungja­wab terhadap tragedi

avalanche itu.

“UMNO dan BN wajib bangkit perbetulka­n kesilapan yang berlaku. Ia bukan musibah, ia satu pengajaran sangat pahit untuk ditelan,” katanya.

Beliau berkata, cabaran dihadapi kepemimpin­an BN/UMNO amat getir.

Katanya, dalam kalangan pengundi Melayu/Bumiputera, kian ramai yang menuding jari kepada UMNO dengan tohmahan parti itu mengkhiana­ti mereka.

“Dalam kalangan bukan Melayu pelbagai parti komponen BN pula, mereka sudah lama meninggalk­an BN,” katanya.

Hasan berkata, justeru, pemimpin BN dan UMNO perlu mengambil maklum hanya 30 peratus saja Melayu/Bumiputera menyokong Pakatan Harapan (PH) dan majoriti (tapi kurang 60 peratus) masih bersama dalam BN.

 ??  ?? HASAN
HASAN
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia