Harian Metro

Hadiah lebaran

66,258 imam, bilal, siak termasuk guru KAFA terima bayaran khas Aidilfitri RM400

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Pemberian dimasukkan terus ke dalam akaun

individu berkenaan

Lim Guan Eng

Seramai 66,258 individu membabitka­n imam, bilal, siak dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara menerima bayaran khas

Aidilfitri

RM400 seorang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos keseluruha­n bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta yang sudah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Seramai 66,258 individu dari seluruh negara yang terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 Tok Siak/Norja/Merbot serta 32,764 guru KAFA akan menerima bayaran khas RM400 ini.

“Pemberian ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Guan Eng berkata, sempena ketibaan Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahka­n bahawa anggota perkhidmat­an masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri seperti yang diterima oleh warga perkhidmat­an awam Kerajaan Persekutua­n.

“Pembayaran ini tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang dibayar secara berasingan. Kerajaan Persekutua­n juga sudah menyalurka­n RM1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun lalu. “Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Aidilfitri oleh penerima di seluruh negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia