Harian Metro

‘Usah ulang lagi’

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

Sembilan wakil rakyat yang tidak hadir pada Majlis Istiadat dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis pada 24 Mei lalu ditegur dan dinasihati supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berharap kesilapan berkenaan perlu dijadikan iktibar dan pengajaran serta tidak lagi berulang di masa hadapan.

“Sepatutnya lantikan EXCO (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) diadakan lebih awal tetapi kerana kemelut yang tidak disangka berlaku...semuanya terpaksa ditunda kebelakang dan kita terpaksa bazir banyak masa.

“Kemelut itu tidak sepatutnya berlaku...saya pandang ia serius kerana majlis itu berlangsun­g

di istana dan saya terbabit dalam lantikan Menteri Besar.

“Sembilan wakil rakyat boikot majlis itu...saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri di Istana Arau, pagi semalam.

Raja Perlis bertitah, walaupun pandangan orang perkara yang lepas perlu dibiarkan berlalu baginda tetap berharap ia tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

“Saya bimbang...bila perkara seperti itu berlaku ia menunjukka­n ada pemberonta­k dalam negeri kita.

“Tetapi mereka semua sudah menghadap dan memohon maaf kepada saya.

“Siapa dalam dunia ini tidak buat salah dan silap, jadi saya terima dan memaafkan mereka tetapi, perkara itu jangan berlaku lagi,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, semua wakil rakyat di negeri ini melupakan parti masing-masing dan memberi tumpuan kepada rakyat.

 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin menyerahka­n dokumen pelantikan jawatan EXCO kepada Nurulhisha­m pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Perlis, semalam.
TUANKU Syed Sirajuddin menyerahka­n dokumen pelantikan jawatan EXCO kepada Nurulhisha­m pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri Perlis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia