Harian Metro

Melambung dalam lif

-

Georgetown: Seorang lelaki cedera tulang belakang selepas dikatakan melambung di dalam lif yang naik secara mendadak dengan keadaan pintu terbuka di Flat Taman Sri Pinang di sini, jam 9 pagi kelmarin.

Mangsa, Mohamad Bilal Prevaiz, 31, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dijangka menjalani pembedahan secepat mungkin.

Isterinya, Nayimah Syed Ahmad, 29, berkata, suaminya cedera selepas terperangk­ap dalam lif yang naik ke tingkat 22 secara tiba-tiba.

“Saya dan suami menaiki lif dari tingkat 15 untuk turun. Bagaimanap­un, lif itu secara tiba-tiba ternaik sedikit ketika pintunya masih terbuka sebaik kami tiba di tingkat bawah.

“Kejadian itu menyebabka­n semua segera keluar dan suami saya pula membantu dua kanak-kanak. Lif itu secara tiba-tiba naik ke tingkat 22 dengan keadaan pintu terbuka.

“Suami saya yang ketika itu terperangk­ap di dalamnya dikatakan melambung hingga cedera tulang belakang,” katanya.

Nayimah mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Taman Sri Pinang menyelengg­ara lif yang sering mengalami kerosakan.

“Akibat kejadian ini, saya perlu menyediaka­n RM12,000 hingga RM15,000 membiayai kos pembedahan suami. Mana saya mahu cari duit sebanyak itu?

“Kini saya tak boleh beraya kerana perlu menjaga suami di hospital dan meminta bantuan bapa saudara menjaga emak yang sakit dan bersendiri­an di rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia