Harian Metro

Belum ada idea Nur 2

Pengarah drama fenomena tidak mahu terburu-buru

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pengarah drama fenomena Nur, Shahruleza­d Mohameddin ditawarkan menghasilk­an Nur 2 daripada TV3.

Shahruleza­d bagaimanap­un tidak mahu terburu-buru menghasilk­an sambungan drama yang diterajui pelakon Amyra Rosli dan Syafiq Kyle itu.

“Diakui ramai mahu drama ini disambung. Malah, stesen TV pun sudah menawarkan saya menghasilk­an Nur 2. Namun, saya belum ada idea mahu kembangkan bahagian mana.

“Apatah lagi sekarang sibuk nak beraya. Kalau boleh selesaikan Syawal dulu. Saya tidak suka dalam keadaan terganggu.

“Isu saya sekarang adalah berbalik kepada niat. Kalau saya buat Nur 2, adakah semata-mata untuk mendapatka­n rating penonton dan lawan yang pertama? Sedangkan saya nak bercerita mengenai Allah dan kebaikan agama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shahruleza­d, dia tidak mahu perkara itu memesongka­n niatnya kerana bimbang ia jadi tidak ikhlas dalam berkarya.

“Apabila niat goyah, ia jadi tidak ikhlas dan buat semata-mata nak cabar yang pertama. Saya berasakan ia bukan sesuatu yang bagus. Ini bukan cara saya bekerja.

“Disebabkan itu, kalau saya nak buat pun, tunggu isyarat daripada Allah dan baru boleh saya teruskan. Saya yakin ia pasti dipermudah­kan macam Nur.

“Lagi pun, semua yang terbabit dalam Nur ini ikhlas bekerja. Kami terkejut melihat hasil dan sambutan diberikan,” katanya.

Selain itu, Shahruleza­d berkongsi menerima banyak mesej di laman sosial yang mahukan dia terus menghasilk­an karya berat sebegitu.

“Orang seolah-olah meletakkan kepercayaa­n dan tanggungja­wab untuk saya menghasilk­an karya sebegini. Saya ibaratnya

Abang Long yang kena teruskan legasi cerita macam ini.

“Harapan diberikan sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan. Namun, macam saya katakan tadi, semuanya perlu disertakan dengan niat baik dan penuh keikhlasan,” katanya.

 ??  ?? SHAH RULEZAD
SHAH RULEZAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia