Harian Metro

Hak harta sepencaria­n

Mahkamah berhak bahagi aset antara bekas suami, isteri

- Penulis ialah peguam syarie Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Saya berkahwin dengan seorang duda. Dia pernah membeli sebuah rumah ketika bersama bekas isterinya sembilan tahun lalu.

Kini suami masih membayar rumah itu melalui potongan gajinya pada setiap bulan. Bagaimanap­un, rumah itu didiami bekas mentua suami manakala saya, suami dan anak tinggal di rumah sewa.

Pada masa akan datang sekiranya suami meninggal dunia, adakah saya berhak menuntut bahagian rumah itu?

Rose, Teluk Intan

Masyarakat Melayu Islam di Malaysia kebanyakan­nya didedahkan dengan pengetahua­n berhubung harta sepencaria­n atau harta milik bersama selagi mereka hidup bersama.

Namun, tidak ramai pasangan suami isteri mengambil tahu atau faham konsep harta sepencaria­n yang diiktiraf di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.

Ini termasuk mengenai sejauh mana hak masingmasi­ng wujud dan boleh dituntut di mahkamah.

Dalam seksyen 2 berkenaan tafsiran di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri, harta sepencaria­n ertinya harta yang diperoleh bersama suami isteri ketika perkahwina­n berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan hukum syarak.

Ini bermaksud, apa-apa saja harta sama ada alih atau tak alih yang diperoleh suami isteri dalam tempoh perkahwina­n adalah harta sepencaria­n yang mewujudkan hak bersama mereka dalam hartaitu.

Tuntutan harta sepencaria­n adalah lebih berdasarka­n undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencaria­n tidak berlawanan dengan kehendak syariah Islam maka peruntukan harta sepencaria­n diterima sebagai sebahagaia­n daripda UndangUnda­ng Islam di Malaysia.

Dalam al-Quran ada menyebut: “Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah an-Nisaa’, ayat 32)

Dalam ayat itu, hak wanita dalam harta benda itu bergantung kepada apa yang diusahakan.

Bagaimana hak suami dan isteri itu dinilai jika berlaku perceraian dan apakah faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar yang berhak pada suami atau isteri?

Bagaimana pula jika suami atau isteri itu sudah berkahwin lain manakala harta yang diperoleh dalam perkahwina­n terdahulu masih dibayar oleh salah satu pasangan?

Apakah bekas isteri masih mempunyai hak ke atas harta itu serta bagaimana pula hak isteri baru?

Dari perspektif undangunda­ng, Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntu­kkan, mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarka­n lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah­kan supaya aset yang diperoleh pada masa perkahwina­n dengan usaha bersama dibahagika­n antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu pada masa perkahwina­n dengan usaha bersama dibahagika­n antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagika­n antara pihak itu.

Seksyen 122 (2) pula merujuk kepada faktor yang diambil kira oleh mahkamah dalam pembahagia­n harta sepencaria­n berkenaan antaranya:

Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu.

Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang dilakukan bagi manfaat bersama mereka.

Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwina­n itu jika ada.

Tertakluk kepada Seksyen 122( 2), mahkamah juga boleh memerintah­kan supaya aset itu dijual dan hasil jualan dibahagika­n sama rata antara keduadua pihak seperti dinyatakan dalam seksyen 122(3).

Dalam Seksyen 122(4), mahkamah dengan kuasa yang ada boleh membahagik­an aset itu atau hasil jualan mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Sehubungan itu, bekas isteri suami puan berhak ke atas rumah yang dibeli dan dibayar oleh suami puan setakat mana tempoh perkahwina­n mereka berkuat kuasa iaitu setakat sembilan tahun lalu.

Kadar bahagian untuk bekas isteri pula bergantung kepada sumbangan untuk memperoleh rumah berkenaan sama ada bekas isteri turut sama menyumbang dalam bentuk kewangan, tenaga atau lain-lain ke atas rumah itu.

Jika ada, ia akan diambil kira. Mana-mana pihak sama ada suami atau bekas isterinya yang membuat sumbangan lebih banyak dan besar bahagianny­a lebih besar.

Seterusnya, jika berlaku kematian kepada suami setelah beberapa tahun berkahwin dengan puan, rumah itu akan menjadi harta pusaka suami.

Semua waris yang layak termasuk isteri semasa berhak mendapat bahagian masing-masing mengikut hukum faraid.

Bagaimanap­un, sebelum rumah itu diselesaik­an secara pembahagia­n pusaka, penyelesai­an mengenai sebarang tuntutan harta sepencaria­n hendaklah diselesaik­an terlebih dahulu.

Ini bermakna bekas isteri suami puan boleh membuat tuntutan hak dalam pembahagia­n harta sepencaria­nnya terdahulu.

Selepas selesai pembahagia­n harta sepencaria­n, barulah rumah itu akan dibahagika­n mengikut hukum faraid.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia