Harian Metro

Puasa wasilah capai ketakwaan

- Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Amalan pada bulan Ramadan berbentuk multidimen­si dan satu pakej lengkap untuk mencapai matlamat takwa.

Itulah hakikat ibadat puasa yang dilaksanak­an.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertiman­a yang diperintah­kan bagi orang-orang yang terdahulu supaya kamu bertakwa.” (Surah alBaqarah, ayat 183)

Ramadan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan minum serta melakukan perkara yang membatalka­n puasa semata-mata.

Ia adalah satu wasilah (jalan) bagi mencapai ketakwaan dengan memelihara unsur sosial dan rohani yang meliputi proses pengislaha­n, pembersiha­n dan pembinaan diri dengan melaksanak­an perintah Allah SWT.

Ia bagi memastikan umat Islam mendapat manfaat puasa sepenuhnya.

Said Hawwa dalam kitabnya, Al-Islam menjelaska­n, ibadat puasa antara rukun dalam Addin Islam.

Syeikh Darwis Mustafa Hasan juga menjelaska­n, ibadat puasa menyediaka­n jiwa seseorang untuk bertakwa kepada Allah SWT dengan meninggalk­an keinginann­ya sematamata kerana patuh kepada perintah Allah SWT.

Dengan itu, akan terdidikla­h jiwa orang yang berpuasa untuk meninggalk­an keinginann­ya dengan penuh kesabaran.

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai 140 ayat yang berhubung kait dengan takwa.

Terdapat ayat yang menjelaska­n mengenai perintah takwa, keutamaan takwa, sifat orang bertakwa, cara atau jalan menuju takwa dan ganjaran untuk orang bertakwa.

Bagaimanap­un, ayat yang paling banyak diterangka­n ialah mengenai keutamaan dan ganjaran yang akan diperoleh oleh orang bertakwa.

Ini menunjukka­n martabat takwa adalah elemen sangat penting bagi manusia sehinggaka­n Allah SWT menjanjika­n banyak ganjaran dan kenikmatan bagi orang yang mencapai martabat itu. Sepertiman­a firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang bertaktwa itu berada dalam syurga dan nikmat.” (Surah at-Thur, ayat 17) Pengertian takwa adalah menjaga atau memelihara diri supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang Allah SWT dan disertakan dengan ketaatan dalam menjalanka­n perintah-Nya.

Sifat orang bertakwa jelas tercatat dalam firmanNya yang bermaksud: “Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahka­n sebahagian rezeki yang Kami anugerahka­n kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (Surah al-Baqarah, ayat 2-7)

Ramadan juga menawarkan pakej amalan yang komprehens­if menuju martabat takwa. Maka, pada kesempatan hari terakhir Ramadan ini, jangan kita putus harapan.

Sisa waktu yang ada ini pastikan kita terus memperbany­akkan amalan ibadat khusus seperti solat, menunaikan zakat, menepati janji, berlaku adil, bersedekah dan infak kepada golongan asnaf seperti fakir, miskin, mualaf dan mereka yang memerlukan pertolonga­n.

Semua amalan mulia itu apabila dilakukan bersama ibadat puasa akan mendidik jiwa dekat dengan Allah SWT selain cekal menghadapi 11 bulan mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah An Nahl, ayat 128)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia