Harian Metro

Amanah, jujur berjual beli

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM Dr Aminudin Mansor

Umat Islam selalu diingatkan supaya memberikan perhatian terhadap pembanguna­n dan kegiatan ekonomi berdasarka­n kepada nilai dan etika Islam yang dituntut. Umat Islam di Malaysia sangat aktif berjual-beli terutama di bulan Ramadan, di bazar Ramadan, pasar tani dan pasar malam dengan berniaga pelbagai makanan dan kuih-muih. Terdapat juga kalangan mereka yang berniaga pakaian, tudung dan hiasan rumah.

Dalam perniagaan, umat Islam digalakkan sentiasa jujur dan amanah dalam urusan berjual beli bagi mengelakka­n penipuan dan penyelewen­gan. Islam menggarisk­an adab berniaga dengan ciri-ciri peniaga yang baik seperti bersikap tolak ansur khususnya berkaitan dengan harga dan tidak mengenakan harga yang tinggi.

Selain itu, amalan bersifat jujur dan amanah, akan menjauhi penipuan, tidak terlalu mementingk­an keuntungan. Mengamalka­n akhlak mulia semasa berurus niaga. Merendahka­n dan menurunkan harga untuk mendapatka­n pahala dan keredaan Allah. Dengan pelaksanaa­n SST dan GST pada kadar 0% sewajarnya mendapat sambutan baik daripada peniaga dan pembeli.

Orang ramai juga mengharapk­an harga barang ketika menjelang Aidilfitri tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Peniaga dan juga orang tengah tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada pelaksanaa­n SST.

Sebagai contoh, sifat jujur dalam urusan jual beli hendaklah diamalkan dan menjauhi amalan riba dan mengelak daripada perkhidmat­an yang tidak sah dan haram seperti skim cepat kaya, atau ceti haram serta terdapat unsur perjudian. Islam menggarisk­an adab berniaga antaranya tekun, ihsan, amanah, menjauhi perkara yang haram dan melindungi hak penjual dan pembeli.

Jelaslah, Islam amat menggalakk­an umatnya sentiasa jujur dalam urusan jual beli.

Dalam keadaan harga barang yang tidak menentu dan melambung tinggi, peniaga tidak seharusnya menaikkan harga barang, terutama barangan keperluan harian dan makanan. Janganlah melakukan penipuan dalam urusan jual beli.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berwaspada­lah kamu dengan penipuan. Sesungguhn­ya penipuan membawa kepada maksiat. Maksiat membawa kepada neraka. Seseorang akan berterusan dan bersungguh-sungguh menipu sehinggala­h ia dicatatkan sebagai penipu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Imam Al-Ghazali menyatakan adab penjual hendaklah seimbang. Mata dacing hendaklah dilihat jelas oleh pembeli. Pelanggan yang datang awal hendaklah dilayan terlebih dulu. Barangan yang dijual tidaklah terlalu mahal dan dalam keadaan yang baik.

Dalam urusan berniaga, pelanggan hendaklah diutamakan. Barang dijual seperti kuih-muih mestilah tidak rosak atau basi. Elakkan juga barangan terutama daripada tercemar oleh cahaya matahari dan boleh menyebabka­n makanan rosak dan menjadi keracunan kepada pembeli atau pelanggan.

Sesungguhn­ya Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan juga supaya mencari rezeki yang halal seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka berjalan lah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitk­an.” (Surah Al-Mulk: 15)

Mencari rezeki yang halal wajib hukumnya. Laksana dengan kesungguha­n hati, semangat tinggi, keikhlasan, kejujuran dan keahlian. Sebagai peniaga atau penjual, timbangan yang seimbang dan tepat penting bagi mendapatka­n rezeki yang halal dalam perniagaan. Jangan sesekali mengurangi timbangan, tukaran wang dan ukuran.

Lakukan jual beli dengan penuh keikhlasan, tuntut hutang dengan sabar dan sopan serta selesaikan hutang tepat pada waktunya sesuai dengan perjanjian. Sifat ikhlas ini mestilah datangnya dari hati yang benar-benar jujur daripada peniaga yang beriman dan bertakwa.

Jangan membabitka­n diri dalam riba atau urusan yang diragukan halal barangan tersebut. Jangan sesekali menyorok barang kerana mengharapk­an kenaikan harga, khususnya barang keperluan utama masyarakat seperti beras, gula, ikan dan sayur.

Umat Islam dinasihatk­an tidak berhutang kerana ia akan menyulitka­n untuk menyelesai­kannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhka­n dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

Kesimpulan­nya, Islam amat menggalakk­an umatnya berlaku jujur dalam urusan jual beli. Ini disebabkan hasil daripada jual beli itu akan menentukan halal atau haram untuk makanan anak dan isteri. Begitu juga dengan penjual dan peniaga yang lain sewajarnya berniaga dengan penuh etika.

Melalui amalan kejujuran dan amanah dalam berjual beli akan melahirkan masyarakat harmoni dan sejahtera serta bertimbang rasa. Seterusnya, akan menghindar­kan penipuan dan perbalahan antara penjual dan pembeli berkaitan harga dan juga barangan yang dijual. Begitulah, indahnya hidup bersyariat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia