Harian Metro

BUAH TANGAN BERBEZA DARIPADA NORYN

- Georgie Joseph dan Sudirman Mohd Tahir am@hmetro.com.my

1 Syawal yang bakal dirai esok memberi makna berbeza buat dua penyanyi popular ini.

Apatah lagi, limpahan rezeki yang diterima membuatkan mereka lebih bersyukur dengan nikmat yang ada.

Tolak tepi soal populariti, bagi Khai Bahar dan Hael Husaini, apa yang lebih penting adalah semangat kekeluarga­an pada Aidilfitri.

Berkumpul bersama pada Aidilfitri sesuatu yang dinanti dan tidak boleh dilepaskan begitu saja.

Malah, tidak lengkap sambutan Aidilfitri dua bintang muda ini tanpa meraikan bersama peminat yang turut mengunjung­i kampung halaman.

Berkongsi kisah sambutan Syawal tahun ini, baik Khai mahupun Hael, kedua-duanya selesa untuk lebih bersederha­na. Tidak ada istilah untuk berlebihan bagi mengelakka­n sebarang pembaziran. Nama penyanyi, Noryn Aziz sebati dengan lagu berentak jaz. Kini penyanyi berusia 43 tahun itu kembali dengan buah tangan baru yang nyata berbeza.

Menerusi single berentak balada berjudul Percayakan Dia ini, Noryn berduet dengan Hazama.

“Ini kali pertama saya menyanyika­n lagu duet dan berkolabor­asi dengan Hazama.

“Menariknya, lagu ciptaan Ajai ini adalah lagu tema filem Kalla, Hidup atau Mati lakonan Faizal Hussein dan Vanida Imran,” katanya.

Menurutnya, bekerjasam­a dengan Hazama tidak sukar kerana mereka cepat serasi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia