Harian Metro

Aktif mengajar vokal

- DARI MUKA R33

Pelajar Noryn terdiri daripada mereka berusia antara 6 hingga 30 tahun

“Awalnya, takut juga jika saya tidak dapat cari keserasian dengan Hazama tetapi alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar.

“Paling saya risaukan saat rakaman berlangsun­g adalah andai terbawa-bawa cara nyanyian Barat yang pastinya tidak sesuai dengan melodi lagu Melayu,” katanya.

Empat tahun menyepi, Noryn Aziz tidak berehat sepenuhnya daripada dunia nyanyian sebaliknya berkongsi ilmu dengan generasi baru.

“Saya berundur seketika untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap anak saya, Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun.

“Walaupun tidak aktif dalam arus perdana, saya giat mengajar vokal sejak awal tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, sekolah vokal di Hartamas itu tidak hanya menyasarka­n penyanyi profesiona­l tetapi turut dibuka kepada mereka yang ingin mencari keyakinan diri.

“Ada dalam kalangan pelajar saya, terutama kanakkanak dihantar oleh ibu bapa kerana mereka kurang keyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai.

“Menerusi nyanyian, saya mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa dan kebanyakan­nya berpuas hati dengan perubahan anak mereka. Kalau awalnya malu, selepas belajar sudah boleh bercakap dengan yakin dan tidak teragak-agak lagi,” katanya memaklumka­n pelajarnya terdiri daripada mereka yang berusia enam hingga 30 tahun.

TEKNIK NYANYIAN TERKINI

Walaupun lebih dua dekad dalam industri, Noryn tidak pernah berhenti menimba ilmu.

“Sehingga kini pun, saya masih belajar dengan beberapa guru vokal termasuk Cikgu Shafi. Bagi saya, ilmu itu tidak terhenti dan kita perlu terus mencari,” katanya.

Katanya, penyanyi generasi baru juga kalau diamati ada cara nyanyian yang boleh dijadikan ilmu baru.

“Penyanyi generasi baru ada cara nyanyian mereka tersendiri. Untuk disesuaika­n dengan zaman, saya juga belajar dan mengadapta­si cara nyanyian mengikut peredaran masa.

“Kalau ditanya penyanyi muda yang bagi saya punya kemampuan vokal yang bagus, sudah tentu Ernie Zakri. Lagipun, dia mengajar vokal. Jadi cara nyanyianny­a sangat hebat,” katanya.

-Syafil Syazwan Jefri

 ??  ?? Menerusi nyanyian, saya mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa dan kebanyakan­nya berpuas hati dengan perubahan anak mereka
Menerusi nyanyian, saya mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa dan kebanyakan­nya berpuas hati dengan perubahan anak mereka
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia