Harian Metro

DEMAM PIALA DUNIA RAYA

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Seperti tahun terdahulu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah gagal menyajikan program menarik sepanjang Aidilfitri.

Tahun ini, RTM menyediaka­n 46 program eksklusif Aidilfitri yang disiarkan menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey.

Ia merangkumi filem cereka dan telefilem, majalah dan dokumentar­i serta hiburan. TV1 tampil dengan 25 program, TV2 menyajikan 15 program dan TV Okey menjanjika­n enam program terbaik.

Sesuatu yang istimewa dibawakan RTM sempena Syawal ini juga adalah gabungan program Raya dan penyiaran Piala Dunia FIFA 2018.

Pengarah Bahagian Program TV Norliza Mohd

Ali berkata, RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, 27 perlawanan akan ditayangka­n secara langsung, manakala bakinya disiarkan melalui siaran tertunda.

“Setiap hari, RTM akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia selama lapan jam. Ini pertama kali dalam sejarah program raya menggabung­kan tayangan bola sepak.

“Saya yakin raya kali ini lebih meriah dengan adanya pelbagai progam menarik dan bukan berbentuk hiburan semata-mata,” katanya.

Tambah Norliza, sempena Piala Dunia 2018, RTM turut menyiarkan filem Ola Bola pada raya pertama, jam 10.30 malam di TV2.

“Selain itu, filem terlaris seperti Polis Evo dan Train To Busan juga kami siarkan buat penonton. Malah, bagi peminat drama dan telefilem Melayu, Unit Drama TV RTM menerbitka­n dua telefilem khas bertajuk 4K (TV1) dan Aku, Dia dan Lagu (TV2).

“Diikuti slot Panggung Raya TV1 menayangka­n telefilem Bebel, Permaisuri Syurga dan Sembilu Dosa,” katanya.

Sementara itu, TV2 tampil dengan telefilem Tina Raya Timah, Mak Tak Balik Raya, #Lepasraya dan Sana Aidil Sini Fitri.

Tiga telefilem lain juga mewarnai TV Okey iaitu

Hati Belum Berkubur, Aidil, Fitri & Tokwan dan Riuh Jaga Malam.

Buat peminat drama Gerak Khas pula, RTM turut membawakan Gerak Khas Raya: Sarah di TV2.

Tidak ketinggala­n, program Ketuk-Ketuk Syawal (TV1) manakala Kecoh Dapur Raya (TV2) serta TV Okey dengan program Biscotti Siri 2 dan Cuit-Cuit Che Ta.

Penonton juga dihidangka­n dengan dua program muzikal terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu Konsert Dimensi Legenda Raya (TV1) menampilka­n Datuk M Nasir, Ziana Zain, Noraniza Idris, Jay Jay, Uji Rashid, Aman Shah, Wany Hasrita, Khai Bahar dan ramai lagi.

Konsert BBDU yang disiarkan di TV2 pula membariska­n penyanyi muda seperti Ernie Zakri, Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Ismail Izzani, Amira Othman,

Fara Hazel, Heidi dan ramai lagi.

Turut menghiburk­an penonton Konsert 3 Suara Jamal Abdillah (TV1) yang menampilka­n Datuk Jamal Abdillah, Ameng Spring dan Zamani Slam.

Diikuti muzikal Inggeris, Lady Antebellum: Wheels Up Tour Live (TV2). Saksikan juga program kerohanian Gema Takbir untuk siaran TV1 selain tiga dokumentar­i iaitu Tajdid Ummah, Sinaran Rohani dan Endless Love.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia