Harian Metro

ACER LANCAR 17 GAJET

-

Acer memperkena­lkan lebih 17 barisan produknya terdiri daripada laptop, desktop dan aksesori tambahan antaranya untuk pengguna biasa, pendidikan dan permainan video di New York, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, lebih lima produk berkaitan Predator antaranya Laptop Helios 300 edisi khas yang didatangka­n juga bersama aksesori lain serba putih berbanding warna hitam yang sinonim dengan jenama berkenaan.

Selain itu, laptop Helios 500, desktop Orion 5000 dan 3000. Manakala aksesori permainan terdiri daripada tetikus (Predator Cestus 510), kerusi (Predator Gaming Chair), selongsong (Predator Hard Case), papan kekunci (Predator Aethon 500) dan pad tetikus (Predator Mousepad).

Walaupun segmen permainan video Acer menonjolka­n prestasi perniagaan yang baik, syarikat itu turut meneruskan pengenalan produk di luar segmen itu seperti laptop Swift 5 (15 inci), dekstop Acer Nitro 50 Series, Monitor Nitro VG0 Series, Monitor RG0 Series dan rangkaian laptop tablet; Acer Chromebook Spin 15 dan Acer Chromebook Spin 13.

Acer turut memaklumka­n, hampir semua produk yang diperkenal­kan tahun ini akan menemui pengguna di Malaysia secara berperingk­at seawal suku ketiga.

Ketika ditanya adakah Acer hanya ingin memberi tumpuan kepada barisan perniagaan permainan video sahaja dalam tempoh dua tahun ini, Presiden

Pan Asia Pasifik Acer, Andrew Hou berkata, secara dasarnya Acer memberi tumpuan kepada tiga segmen utama iaitu permainan video, ringan dan komersial.

Katanya, dari segi permainan video ingin menjadikan Predator sebagai satu jenama mewah kepada pengguna, segmen ringan untuk diperluask­an kepada semua pengguna akhir biasa dan komersial dapat membantu mengukuhka­n keuntungan.

“Tidak ada konflik untuk memberi keutamaan kepada salah satu segmen produk ini kerana setiap satu mempunyai kekuatan tersendiri kerana matlamat utama adalah bagi meningkatk­an jualan produk syarikat.

“Tambahan, pengukuhan jenama juga penting menerusi melaksanak­an kempen seperti penganjura­n pertanding­an e-sukan, Acer Predator Legue dan Acer

Day bagi memperkena­lkan konsep produk Acer yang muda serta bergaya kepada pengguna masa kini,” katanya.

 ??  ?? ANTARA produk yang diperkenal­kan Acer di New York.
ANTARA produk yang diperkenal­kan Acer di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia