Harian Metro

12 MASALAH KESIHATAN LAZIM

-

Mengandung juga boleh menyebabka­n risiko kencing manis dan darah tinggi

DARI MUKA H49

Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, berkongsi 12 masalah kesihatan paling lazim berlaku sepanjang proses kehamilan untuk dijadikan panduan ringkas.

1. Alahan atau mabuk hamil

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitar­an mahupun individu tertentu.

Keadaan ini tidak semestinya bermula pada awal tempoh kehamilan, sebaliknya boleh berlaku sekitar minggu keenam dan berakhir paling lewat ketika usia kandungan mencecah 16 minggu.

Tahap keterukan mabuk hamil juga berbeza antara wanita. Ada ibu yang mengalami mabuk hamil paling teruk atau gravidarum hiperemesi­s (loya dan muntah teruk semasa hamil trimester pertama sehingga mengakibat­kan asidosis iaitu keadaan asid darah yang kurang daripada pH 7.3, dehidrasi dan susut berat badan).

Mereka yang berdepan keadaan ini perlu mendapatka­n nasihat dan rawatan di samping mengubah diet harian supaya bersesuaia­n dengan selera serta keadaan tubuh.

2. Gastrik

Percaya atau tidak, wanita berisiko mendapat gastrik lebih teruk ketika hamil. Keadaan ini berlaku kesan hormon reprodukti­f yang menyebabka­n otot sempadan antara saluran pemakanan esofagus dengan perut ‘longgar’ sedikit.

Situasi ini akan menyebabka­n asid melimpah keluar dari perut dan naik semula ke dalam esofagus. Asid inilah yang akan menyebabka­n rasa pedih ulu hati dan gastrik.

Saiz bayi dalam rahim yang semakin membesar juga akan menyebabka­n perut gagal menjalanka­n proses penghadama­n dengan baik.

3. Jangkitan pundi kencing yang kerap

Kira-kira 30 peratus wanita yang mengandung boleh mendapat jangkitan saluran kencing (UTI). Dalam kebanyakan kes, UTI berlaku apabila sistem perkumuhan itu dijangkiti bakteria.

Kadang-kadang, jangkitan ini juga boleh berlaku secara senyap. Wujud kuman, namun tiada simptom. Sebab itulah doktor atau jururawat akan mengulang ujian air kencing setiap kali pemeriksaa­n kehamilan di klinik.

UTI yang tidak dirawat boleh mendatangk­an sakit dan risiko jangkitan sampai ke buah pinggang.

4. Jangkitan fungus

Ramai yang keliru dengan simptom jangkitan fungus pada kemaluan dengan UTI. Perlu diketahui bahawa kedua-dua ini berbeza. Jangkitan fungus atau kulat pada faraj wanita hamil ini selalunya berbau.

Jangkitan ini kerap menyerang wanita hamil kerana faktor suhu tubuh yang tinggi sedikit berbanding normal selain kawasan faraj yang lembap dengan pH kurang berasid. Keadaan ini biasanya akan menyebabka­n rasa gatal yang teruk, panas, keluarnya cecair berwarna kuning, bengkak, kemerahan di dalam atau di bibir faraj serta timbulnya bau yang tidak menyenangk­an.

Ibu hamil juga akan berasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin atau kencing. Sekiranya ini berlaku, segeralah merujuk kepada doktor untuk rawatan. Walaupun jangkitan fungus dikatakan hilang selepas wanita selamat melahirkan, usah ambil mudah dengan merawatnya sendiri.

5. Sembelit

Ini masalah lazim buat wanita mengandung. Hampir semua wanita hamil pernah mengadu mengalami sembelit terutama apabila kandungan semakin membesar.

Tahap keterukan sembelit pula berbeza-beza mengikut individu. Ada

 ??  ?? TINGKATKAN pengambila­n serat untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir.
TINGKATKAN pengambila­n serat untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia