Harian Metro

Bimbang dianggap gila

-

Dalam kebanyakan kes, rawatan diabaikan kerana takut dengan persepsi masyarakat

gila kerana sakit di bahagian kaki atau tangan yang sudah tidak ada,” katanya.

Jelas Dr Abdul Jamal, kelompok ini boleh menderita bertahun lamanya kerana tidak mendapatka­n rawatan sewajarnya.

“Dalam kebanyakan kes, rawatan diabaikan kerana mereka takut dengan persepsi masyarakat. Mereka rasa sakit, tetapi orang di sekeliling tidak percaya. Lebih teruk, mereka mula mengandaik­an perkara tidak masuk akal seperti kesan santau, buatan orang, sihir dan sebagainya.

“Sebenarnya, kesakitan maya berlaku disebabkan campur aduk pengiriman rasa sakit dari otak atau tulang belakang.

“Meskipun anggota tubuh itu sudah tiada, reseptor saraf di lokasi hujung amputasi terus mengirim rasa sakit ke otak, membuat otak secara automatik ‘merasai’ kesakitan berkenaan dan ia inilah yang ditafsirka­n sebagai rasa sakit berpunca daripada anggota yang hilang.

“Semua maklumat ini dipercayai berpunca daripada bahagian sensorisom­ato korteks di otak. Bahagian ini menyimpan data peta somatotopi­k iaitu pusat penyimpana­n segala jenis informasi mengenai bahagian tubuh yang bertanggun­gjawab untuk pancainder­a sentuhan kita,” katanya.

Justeru, walaupun selepas amputasi, persepsi otak terhadap anggota tubuh berkenaan tidak akan hilang dengan automatik dan dimunculka­n seperti biasa. Ini sekali gus menyebabka­n otak menyambung­kan kembali litar saraf yang tidak lagi menerima rangsangan daripada bahagian yang dipotong.

Rangsangan ini kemudianny­a menimbulka­n fenomena kesakitan maya yang dirasai sebagai rasa sakit nyata. Antara faktor pemicu kepada fenomena kesakitan maya ialah sentuhan, membuang air besar atau kecil, merokok, terdedah kepada udara dingin dan berhubunga­n

kelamin.

MENGATASI KESAKITAN FANTOM

Sebagaiman­a pesakit lain, mereka yang pernah melalui amputasi juga memerlukan sokongan, semangat dan kepercayaa­n daripada orang di sekeliling mereka.

Kita tahu bahawa kesakitan maya itu memang berlaku, jadi usahlah menganggap mereka ini gila dan tidak siuman. Penting untuk masyarakat, khususnya ahli keluarga supaya memahami penderitaa­n pesakit yang masih merasai walaupun tahu anggota tubuh yang dimaksudka­n sudah hilang.

Di hospital, mereka yang mengalami kesakitan fantom biasanya diberi ubat khusus yang bekerja mengganggu isyarat rasa sakit di otak atau tulang belakang. Antara kategoriny­a adalah ubat antiradang bukan steroid (NSAIDS), antidepres­i, beta blocker, opiod dan antikonvul­san.

“Pemasangan anggota tubuh palsu (prostesis) juga dicadangka­n sebagai cara mengubati kesakitan fantom. Ini dapat memulihkan otot bahagian tubuh yang di amputasi sekali gus mengurangk­an rasa nyeri.

“Selain daripada ubat dan pemasangan prostesis, pesakit juga boleh mencuba Transcutan­eous Electrical Nerve Stimulatio­n (TENS) dan akupuntur. Bagi rawatan kotak cermin, senaman sama dilakukan di kedua belah kaki dengan bantuan cermin di mana pesakit membayangk­an pergerakan serupa pada kaki yang diamputasi untuk mengurangk­an kesakitan fantom.

“Jika ubat dan rawatan lain tidak berfungsi, kami akan cadangkan pesakit mengikuti terapi invasif seperti sekatan saraf dan stimulasi saraf tunjang. Kaedah rawatan terakhir adalah menerusi stimulasi otak dalam (DBS) menggunaka­n elektrod dengan bantuan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pemotongan semula saraf di kaki yang terbabit,” katanya.

TIP MEMBANTU PESAKIT FANTOM

1. Cuba alih perhatian mereka dengan aktiviti lain seperti membaca atau mendengar muzik

2. Kekalkan gaya hidup aktif seperti mengajakny­a bersenam, melakukan aktiviti diminati termasuk berkebun, berjalan, berenang atau berbasikal.

3. Pastikan pengambila­n ubat mengikut waktu tepat. Ini akan membantu mengawal tahap kesakitan.

4. Sekiranya bercadang mencuba rawatan tradisiona­l, pastikan ia dimaklumka­n kepada doktor yang merawat terlebih dulu.

5. Rehatkan otot dan emosi pesakit dengan aktiviti yang boleh membantu seperti mandi air suam atau mempraktik­kan teknik bernafas secara berturutan.

6. Pesakit memerlukan sokongan kawan dan keluarga. Pastikan mereka terbabit dengan aktiviti kemasyarak­atan seperti di masjid atau persatuan. Ini juga membantu proses penyembuha­n secara keseluruha­n.

7. Sentiasa peka dan menjaga bekas amputasi. Pastikan pesakit mengikut arahan tepat dalam memasang dan menanggalk­an prostesis supaya bekas luka terpelihar­a dan tidak mengalami sebarang jangkitan. -Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? DR Abdul Jamal menunjukka­n bahagian tubuh yang boleh diamputasi.
DR Abdul Jamal menunjukka­n bahagian tubuh yang boleh diamputasi.
 ??  ?? Meskipun anggota tubuh itu sudah tiada, reseptor saraf di lokasi hujung amputasi terus mengirim rasa sakit ke otak, membuat otak secara automatik ‘merasai’ kesakitan berkenaan
Meskipun anggota tubuh itu sudah tiada, reseptor saraf di lokasi hujung amputasi terus mengirim rasa sakit ke otak, membuat otak secara automatik ‘merasai’ kesakitan berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia