Harian Metro

BIMBING CUCI TANGAN DI R&R

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Didik pengguna praktik cara betul

amalan kebersihan

Esok hari raya! Saban tahun, Aidilfitri sentiasa dinanti, terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga tercinta. Selepas sebulan berpuasa, lebaran ini waktu terbaik untuk mereka bertemu dan bermesra dengan saudara serta orang tersayang.

Salam dihulur, pelukan bersambut, pastinya juadah enak menjadi santapan sambil bertanya khabar. Dalam kesibukan suasana, Dettol Malaysia memeriahka­n lagi sambutan hari raya dengan menawarkan lebih perlindung­an buat semua.

Umpama ibu yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat anakanak, jenama ini komited menjaga kebersihan keluarga sepanjang musim perayaan supaya mereka boleh mengeratka­n silaturahi­m dan kasih sayang tanpa dihantui kebimbanga­n.

Memandangk­an ini hari terakhir Ramadan, tentu ramai yang sudah berada di lebuh raya utama untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ambil sedikit masa untuk berehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta ikuti kempen kesedaran kebersihan tangan Dettol di 20 lokasi terpilih!

Apabila pengguna berhenti untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihk­an tangan secara berkesan dengan tujuh langkah mudah.

Cecair Pencuci Tangan Dettol juga disediakan di singki supaya pengguna boleh mempraktik­kan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. Menariknya wakil Dettol juga berada di kawasan R&R pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna mengenai kepentinga­n amalan kebersihan yang baik di rumah.

Sampel yang ringan ini mudah dibawa dan diselit dalam bagasi. Tiba di kampung, jangan lupa memanfaatk­an sampel percuma dan sampaikan amalan penjagaan diri untuk melindungi keluarga daripada kuman.

Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura, Kim Minyoung berkata, Aidilfitri adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara serta sahabat handai. Itu sebabnya pihaknya berasa terpanggil untuk turut serta membantu melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan yang penuh bermakna.

Katanya, bagi memenuhi hasrat itu, Dettol melancarka­n kempen hari raya untuk mengingatk­an warga Malaysia supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan mereka walaupun ketika menikmati kemeriahan lebaran.

“Sebagai jenama perlindung­an kuman nombor satu negara ini, kami sentiasa mahu mendidik warga Malaysia mengenai amalan kebersihan tangan bagi melawan kuman yang wujud dalam persekitar­an setiap hari.

“Kami juga bekerjasam­a dengan golongan ibu untuk menyokong mereka dalam menyediaka­n perlindung­an sepenuhnya kepada keluarga, di mana sahaja mereka berada,” katanya.

SAMPAIKAN MESEJ

Mewarnai kempen tahun ini, Pengurus Jenama Dettol Malaysia dan Singapura, Ena Abas berkongsi pengalaman peribadi beliau dalam memastikan tangan kekal bersih, sekali gus menjauhi ancaman kuman.

“Lazimnya, kita terpaksa menempuh perjalanan jauh dan panjang setiap kali pulang ke kampung di musim perayaan. Berikutan itu, ramai yang akan berhenti sebentar di kawasan R&R untuk ke tandas atau merehatkan diri.

“Saya tahu, orang Pantai Timur selalunya terpaksa melalui perjalanan sejauh enam hingga 12 jam menaiki kereta jika hendak pulang ke kampung mereka dari Kuala Lumpur. Jadi, ada baiknya jika mereka meluangkan masa beberapa minit membasuh tangan untuk melindungi diri dan keluarga daripada kuman.

“Kami mahu mesej ini sampai kepada seberapa ramai warga Malaysia dalam usaha menggalakk­an mereka mengamalka­n tabiat kebersihan yang baik di samping menikmati hari raya. Paling utama, kami hendak pastikan kempen ini berupaya mendidik orang ramai mengenai langkah penting dalam menjaga kebersihan diri dengan membasuh dan mengekalka­n kebersihan tangan ke mana saja mereka pergi,” katanya.

Jelas Ena, dia mahu orang ramai sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi sepanjang musim perayaan ini supaya lebaran terus disambut meriah bersama keluarga dan sahabat handai.

Sempena Ramadan, Dettol Malaysia turut memberi sumbangan kepada pengguna serta mereka yang memerlukan. Mengetenga­hkan slogan Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi, pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai

RM25 dalam satu resit.

Setiap setiap pembelian akan menerima baucar ganjaran bernilai RM5 dan sebahagian jualan akan disumbangk­an kepada pertubuhan kebajikan terpilih. Promosi ini berlangsun­g sehingga 30

Jun depan. Layari Facebook Dettol Malaysia untuk butiran lanjut.

 ??  ?? TANGAN bersih menggunaka­n Cecair Pencuci Tangan Dettol.
TANGAN bersih menggunaka­n Cecair Pencuci Tangan Dettol.
 ??  ?? ENA Abas (kiri) menunjukka­n
tujuh langkah kebersihan tangan kepada keluarga yang
singgah di kawasan R&R.
ENA Abas (kiri) menunjukka­n tujuh langkah kebersihan tangan kepada keluarga yang singgah di kawasan R&R.
 ??  ?? KEKALKAN tabiat kebersihan yang baik untuk memerangi kuman.
KEKALKAN tabiat kebersihan yang baik untuk memerangi kuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia